United intai khidmat Boyong Nuno Mendes

Frederico Varandas bersedia melepaskan pemain muda ini dengan nilai 60 juta pound.

0 137

Seperti yang diketahui, Manchester United di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer ingin memperkuatkan pasukannya dalam menghadapi musim 2021/22 yang akan datang agar dapat bersaing dengan musuh tradisi mereka, Manchester City dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pada mulanya, fokus utama pasukan The Red Devils adalah untuk mencari pertahanan tengah baru terlebih dahulu kerana mereka ingin menggandingkan bersama dengan kapten mereka, Harry Maguire. Walau bagaimanapun, United juga ingin mencari pertahanan kiri muda untuk prospek jangka panjang.

Kali ini, Daily Mail melaporkan bahawa juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu mengintai pertahanan daripada Sporting CP, Nuno Mendes, yang bermain dengan hebat dalam membantu kelab Ruben Amorin memenangi kejuaran Liga Portugal.

Melihat bahawa dia masih berusia 18 tahun, ada kemungkinan juga menjadi alasan mengapa The Red Devils mula dikhabarkan akan membuat tawaran dengan serius dalam usaha membawa masuk pemain muda tersebut. United bersedia mengeluarkan 52 juta pound perpindahan tersebut pada akhir musim ini.

Peluang United untuk dibawa masuk juga cukup besar kerana United mempunyai hubungan yang baik dengan kelab Sporting CP. Selain itu, Mendes juga mempunyai ejen yang sama dengan Bruno Fernandes, iaitu Miguel Pinho, sekaligus memudahkan urusan perjalanan pemain tersebut ke Old Trafford.

City juga berminat untuk mendapatkan pemain muda ini. Tetapi, Kelab belum bersedia untuk melepaskan Mendes kerana meraka masih ingin menunggu senarai penuh pemain yang mewakili Portugal dalam kejohanan Piala Eropah pada tahun ini.