United harus mempertahankan Edinson Cavani untuk 1 musim lagi

0 49

United telah menandatangani Edinson Cavani dengan perpindahan percuma pada awal musim Liga Perdana Inggeris 2020. Bekas bintang Paris Saint-Germain itu telah di tawarkan kontrak selama satu tahun dan akan berakhir pada bulan Jun 2021.

Edinson Cavani mempunyai pilihan untuk terus bersama United bagi musim seterusnya. Namun, sehingga kini pemain berusia 34 tahun itu belum membuat sebarang keputusan secara umum. Sejak kembali dari kecederaan, Edinson Cavani dilihat semakin serasi dengan corak permainan bersama United. Cavani telah menjaringkan satu gol dalam kemenangan MU 3-1 ke atas Tottenham Hotspur di Liga Perdana Inggeris baru-baru ini. Sepanjang perlawanan tersebut, pergerakan yang dilakukan Cavani berjaya mengucar-kacir pertahanan pasukan lawan.

Selepas perlawanan, pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer secara terbuka mengakui bahawa kelab itu sedang membuat langkah untuk menjaga bekas pemain Napoli itu untuk terus kekal bersama United untuk 1 musim lagi.

Dalam pada itu, Gary Neville pemain pertahanan lagenda United menyokong United untuk mengekalkan Cavani. Selain tujuan membantu bahagian serangan dan mentaliti kemenangan yang ada pada dirinya, dia juga mampu menjadi mentor yang sempurna untuk Mason Greenwood.

“Cavani kerap menjaringkan gol pada saat United memerlukannya dan perkara ini pasti akan menjadi bualan para peminat.” kata Neville di Gary Neville Podcast. “Ketika di minit-mint terakhir perlawanan, Tottenham telah mendapat beberapa lontaran ke dalam dan set piece yang berbahaya, Dia turun ke bawah membantu bahagian pertahanan dalam usaha mengekalkan kelebihan jaringan yang diperolehi United. Manakal posisi di atas telah di isi oleh Greenwood.”

“Mason Greenwood memerlukan satu tahun lagi untuk menuntut segala ilmu yang ada pada Cavani ketika bersamanya. Dia amat memerlukan seseorang yang berpengalaman pada usia mudanya itu” tambah bekas kapten Manchester United itu.

Perkara seperti itu akan memberikan inspirasi kepada anda sebagai pemain muda pada era saya. Pemain ternama seperti Bryan Robson, Steve Bruce, Eric Cantona telah memainkan peranan yang penting dalam pasukan. Cavani telah melakukan tugas seperti itu pada minit ke-94, “kata Neville.

“Mason Greenwood memerlukan gandingan yang baik di bahagian serangan, dia memerlukan mentor dan bimbingan yang baik ketika di atas padang. Dia memerlukan satu tahun lagi untuk bersama Cavani. Seperti juga Marcus Rashford, di juga memerlukan satu tahun masa untuk bersama Cavani. Rashford adalah contoh yang cemerlang,” tambah Neville lagi.