Buletin Manchester United

United-gagal-mengawal-perlawanan-dengan-bagus

United gagal mengawal perlawanan dengan bagus

Solskjaer mengakui para pemainnya gagal mengawal perlawanan dengan baik pada perlawanan awal pagi tadi. Pemain United dilihat tidak tenang dalam kawalan bola apabila di tekan oleh para pemain Liverpool. Sebaliknya, Solskjaer telah memuji tugas yang telah dilaksanakan oleh Paul Pogba ketika United seri 0-0 menentang Liverpool. United telah melepaskan peluang untuk mengutip 3 mata.

Pogba berusia 27 tahun yang bermain di posisi tepi sebelah kanan berjaya memberikan bahaya kepada pasukan lawan yang begitu asyik menyerang terutama di bahagian pertahanan kiri mereka, Andrew Robertson. Pogba merupakan pemain perancang tengah ketika Perancis memenangi Piala Dunia pada 2018 dilihat tidak mempunyai masalah bermain di bahagian sayap kanan United.

Dengan Wan-Bissaka begitu sibuk mengawal pergerakan Sadio Mane, Pogba telah diberi tugas untuk mengekori Robertson. Selepas permainan, Solskjaer ketika ditemuramah,’Sya merasakan Pogba begitu cemerlang pada perlawanan ini. Dia telah melakukan peranan yang bagus ketika menghalang Robertson di sebelah kanan. Dia menjadi pemain tumpuan pada perlawanan tersebut, sayang sekali kerana dia gagal menjaringkan gol dengan peluang yang dia perolehi.’

Solskjaer mengakui United masih perlu memperbaiki kelemahan yang mereka pamerkan pada perlawnan tersebut. Terutamanya dari segi ketenangan kawalan bola. United dikatakan terlepas peluang untuk memenangi perlawanan selepas sepakan Pogba berjaya diselamatkan oleh Alisson.

‘Saya rasa kami bermain baik pada akhir-akhir babak perlawanan sehinggakan kami hampir mencipta kemenangan. 2 peluang terbaik yang diperolehi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol mereka. Kami seharusnya boleh bermain lebih baik daripada ini, tetapi kami perlu lebih tenang ketika bola berada dalam kawalan kami. Kami berjaya menghalang asakan pemain pasukan lawan. Barisan pertahanan sangat berdisiplin.’

Pogba dilihat sudah semakin mempamerkan aksi sebenarnya pada ketika ini selepas hanya memanaskan bangku simpanan pada awal musim. United akan bertemu dengan Fulham pada awal pagi khamis nanti untuk misi kemenangan seterusnya.

Sumber dari TheSun Football