United dikatakan sanggup untuk menawarkan gaji lumayan untuk membawa masuk Kingsley Coman

Misi pencarian pemain sayap kanan diteruskan dengan pemain Bayern Munich, Kingsley Coman menjadi sasaran seterusnya.

0

Man United dikatakan meneruskan pencarian pemain di posisi sayap kanan mereka. Yang terbaru dalam senarai tersebut adalah Kingsley Coman. Dikatakan, United akan menawarkan kontrak lumayan bernilai 200,000 pound seminggu untuk pemain Bayern Munich itu.

Pemain sayap kanan Bayern Munich ini dikatakan menjadi pilihan kedua selepas United berputus asa untuk mendapatkan pemain Borussia Dortmund Jadon Sancho pada musim lepas.

Menurut laporan Bild, pada akhir musim ini, United berhasrat ingin memancing semula Coman untuk menyertai pasukan mereka. Bayern tidak merasai tekanan khabar angin perpindahan tersebut kerana Coman masih lagi mempunyai baki 2 tahun kontrak. Tetapi kemungkinan tawaran yang diberikan United itu akan mengubah pendirian Coman untuk berhijrah ke United.

United pada pertengahan musim ini berjaya mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris tetpai keadaan tersebut semakin pudar selepas United mengalami kekalahan demi kelahan di tempat sendiri. Solskjaer mengakui mereka perlu mendapatkan beberapa pemain baru untuk memberi saingan kepada Man City pada musim hadapan.

Solskjaer dalam sidang media pada minggu ini berkata, ‘Saya berharap dapat memperkuatkan pasukan sedia ada kami dengan mendapatkan 2 atau 3 orang pemain baru.’

‘Kami perlu serius menjadi pencapat kejuaraan liga dan pada ketika ini kami masih belum berjaya menyamai reputasi Man City. Kami mempunyai semangat juang yang bagus pada musim ini tetapi ia masih belum cukup memadai.’

Pemain sayap kanan dan pemain pertahanan tengah adalah keperluan utama pasukan United pada ketika ini.

- Advertisement -