United dikatakan mengintai Danny Ings sebagai pilihan penyerang seterusnya

Solskjaer berjaya membawa United pada kedudukan 3 terbaik pada 2 musim ketika bersama United

Daily Mail
0 107

Man United dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang pasukan Southampton, Danny Ings dalam usaha untuk menambah pilihan di bahagian serangan sedia ada United.

Walaupun Edinson Cavani telah menandatangani kontrak tambahan 1 musim pada bulan ini. Solskjaer masih belum menafikan yang United masih perlu berbelanja bagi mendapatkan seorang lagi penyerang untuk mempelbagaikan pilihan bagi merapatkan jurang di antara pasukan United dan juga City.

Walaupun United dikhabarkan akan cuba untuk mendapatkan khidmat Harry Kane ketua pasukan England, akan tetapi, nilai yang ditetapkan oleh pemilik Spurs agak keterlaluan bagi United. Oleh yang demikian City mempunyai peluang yang cerah untuk melengkapkan perpindahan tersebut dengan jumlah sekitar 100 – 150 juta pound.

Menurut laporan The Telegraph, United ada membuat pertanyaan mengenai bekas penyerang Liverpool, Danny Ings yang dikatakan mempunyai baki 1 tahun kontrak bersama pasukan Southampton.

Pasukan Southampton gagal menemui kata sepakat dengan penyerang berusia 28 tahun itu mengenai lanjutan kontrak baru. Dan perkara ini telah membuatkan Southampton berfikri panjang sehingga terpaksa melepaskan Ings pada akhir musim ini jika tidak mahu melepaskannya secara percuma pada musim hadapan.

United pada ketika ini mempunyai Cavani, Martial dan Greenwood dibarisan serangan. Namun Martial dan Greenwood lebih kepada pemain sayap. Maka tinggal Cavani sebagai penyerang utama United yang mereka ada. Greenwood kadang kala diletakkan sebagai penyeran tengah akan tetapi, pemain berusia 19 tahun ini masih banyak perlu mempelajari kerana usia mudanya itu.

Solskjaer merupakan di antara salah seorang daripada 4 penyerang utama United ketika United berjaya mencapai kejayaan treble pada era Sir Alex Ferguson. Oleh yang demikian, dengan faktor kewangan mungkin, Ings adalah pilihan semasa yang ada dalam radar United.