United Didenda, Glazer Bersahaja

0 1,292

Pihak Liga Perdana Inggeris mengenakan hukuman ‘tegas’ terhadap enam pasukan besar dari liga utama England selepas percubaan menubuhkan Europa Super League beberapa bulan lalu.

Manchester United melalui pemilikan Glazer antara yang didenda akibat percubaan diharamkan tersebut. Jurucakap Liga Perdana Inggeris mengesahkan denda £22 juta yang dikumpul secara kolektif antara ‘Top Six Club’ itu serta tugasan membantu pembangunan asas bolasepak dan kerja kemasyarakatan membabitkan komuniti bolasepak sebagai bentuk hukumannya.

Di masa hadapan, sekiranya terdapat percubaan sama dilakukan mana-mana kelab menyertai liga yang tidak diiktiraf hukuman lebih berat berjumlah £25 juta menanti disamping pemotongan mata liga sebanyak negatif 30.

Kesemua wakil kelab United, Man City, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Spurs telah berjanji komited dengan arahan serta larangan badan penganjur Liga Perdana Inggeris.