Buletin Manchester United

United-dibawah-kendalian-Solskjaer-lebih-baik-dibandingkan-dengan-Jose-Mourinho

United dibawah kendalian Solskjaer lebih baik dibandingkan dengan Jose Mourinho

Gary Neville memberitahu yang pengurus United Solskjaer mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika dibandingkan ketika kendalian Jose Mourinho yang bersama dengan United hampir 2 setengah tahun.

Pasukan United seri 0-0 ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge pada awal pagi tadi. United berjaya mengekalkan kedudukan tempat ke-2 liga dengan kelebihan 1 mata dengan pasukan Leicester City tetapi malangnya, United kini ditinggalkan Man City dengan jurang 12 mata.

Pada ketika di bawah kendalian Jose, United berada di tempat ke-2 dengan 19 mata di belakang pendahulu liga pada ketika itu, Man City dan kemudianya di pecat selepas 6 bulan seterusnya kerana berada pada kedudukan pertengahan liga selepas separuh musim berlangsung.

‘Sejak 12 bulan yang lepas, United telah mempamerkan perkembangan yang bagus dan mata yang mereka perolehi bertambah baik dan baik. Mereka berjaya mengekalkan rekod 20 perlawanan di tempat lawan tanpa kalah. Ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan dan para pemain layak diberi pujian kerana sikap peribadi yang bagus.’

‘Mereka kini lebih bermain antara satu sama lain dan lebih banyak komunikasi yang berlaku semasa permaianan. Apa mengecewakan, mereka kerap melakukan kesilapan mudah. Jika kesilapan ini berjaya diminimalkan, saya yakin United akan memperlolehi kejayaan.’

Pada 2 3 musim lepas, mereka kerap menyalahkan satu sama lain. Jose telah membawa masuk¬† Zlatan Ibrahimovic, Mkhitaryan dan Pogba. Dan musim seterusnya Matic, Lukaku, Sanchez dan Lindelof. Kebanyakan pemain yang di bawa masuk Jose telah dikelurkan oleh Solskjaer dan digantikan dengan pemain bintang Portugal Bruno Fernandes. Solskjaer berjaya menyesuaikan perancangan perpindahan pemain dengan cara yang terbaik.’

Solskjaer telah membawa masuk pemain muda seperti Wan Bissaka, Danial James dan Amad Diallo serta memberi peluang kepada pemain akademik sedia ada bermain dengan pasukan senior. Nama Mason Greenwood, Shola Shoretire dan Axel Tuanzebe berpeluang mendapat minit perlawanan pada musim ini. Solskjaer dilihat lebih tertumpu kepada pembangunan pemain-pemain muda untuk 2 3 musim akan datang. Mereke inilah yang akan membawa nama United.

‘United berada di landasan yang betul pada ketika ini. Sama ada mereke berjaya pada musim ini atau musim-musim akan datang, menarik untuk kita saksikan. Tetapi saya yakin mereka akan memperolehi sesuatu.’

Neville juga memuji pengurus baru Chelsea Thomas Tuchel yang belum pernah kalah sejak menjadi pengurus. Chelsea berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas berhadapan dengan pasukan Atletico Madrid, Spurs dan United.