Buletin Manchester United

United-dan-Liverpool-berusaha-untuk-mendapatkan-Dayot-Upamecano

United dan Liverpool berusaha untuk mendapatkan Dayot Upamecano

Manchester United dikatakan akan bersaing dengan Liverpool untuk mendapatkan pemain pertahanan yang bernilai £55 juta, Dayot Upamecano. Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp telah memasang impian untuk mendapatkan pemain muda berusia 22 tahun itu yang beraksi bersama pasukan RB Leipzig. Khidmat Dayot ditagih oleh Klopp disebabkan kecederaan lama yang menimpa pemain pertahanan utama mereka, Virgil van Dijk.

Klopp dalam masa yang sama ada menyatakan yang Liverpool tidak akan mendapatkan sebarang pemain baru pada perpindahan januari ini. Ini adalah kesempatan kepada pasukan United untuk sailang pemain ini, dari dimiliki pasukan Liverpool. Nilai klausa perlepasan bernilai £38 juta pada penghujung musim ini akan lebih berbaloi untuk diperolehi kerana nilai tersebut lebih murah dari nilai perpindahan pada januari ini.

Walau bagaimanapun, jika United gagal mendapatkan khidmat Dayot, United mungkin akan beralih arah kepada Rafael Varane yang merupakan pemain pertahanan tengah Real Madrid. Media di sepanyol ada menyatakan, pemain antarabangsa perancis ini ingin meninggalkan kelab selepas memperolehi kejayaan 17 piala bersama pasukan Real Madrid sejak menyertainya pada 2011.

Pemain berusia 27 tahun ini mempunyai baki kontrak sehingga musim 2022 dan Real Madrid tidak bersedia untuk melepaskan Varane dengan nilai percuma dan kemungkinan Rafel akan dijual pada penghujung musim ini. Varane masih lagi belum memberi isyarat yang dia akan menandatangai kontrak yang baru bersama Real Madrid pada waktu ini.

United pada musim lepas hampir mendapatkan khidmat Dayot dikatakan beralih arah kepada pertahanan yang mereka mili sekarang Harry Maguire disebabkan pengalamannya bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Manakala Liverpool dijangka akan berusaha untuk mendapatkan seorang lagi pertahanan berkualiti supaya kecederaan Van Dijk dan Joe Gomez pada ketika ini tidak dirasai oleh mereka. Daot merupakan calon paling sesuai akan tetapai Klopp masih bertegas mahu menggunakan pemain sedia ada dan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menyerlahkan bakat mereka pada waktu ini.

Sumber dari TheSun Football