United dan Barcelona bersaing untuk dapatkan Frank Cassie dari AC Milan secara percuma

0

Persaingan untuk mendapatkan pemain tengah AC Milan, Frank Cassie yang kini menjadi rebutan Manchester United dan Barcelona selepas pemain itu dijangka tidak akan memperbaharui kontraknya bersama AC Milan.

Pemain berusia 24 tahun ini dijangka akan menyertai Manchester United selepas tidak menandatangi kontrak baru bersama AC Milan. Barcelona juga yang dilanda masalah kewangan turut berusaha untuk mendapatkan pemain ini dengan percuma pada jun tahun hadapan.

Cassie juga boleh berunding dengan mana-mana kelab pada bulan Januari 2022 dan tandatangan pra-kontrak unutk menyertai pasukan tersebut selepas berakhirnya musim 2021/2022.

Barcelona kini tidak mempunyai kewangan yang stabil untuk mendapatkan pemain baru selepas ini. Mereka juga telah terlepas untuk mendapatkan Georgino Wijnadum walaupun pemain tersebut bersetuju secara lisan tetapi akhirnya menyertai Paris Saint-Germain kerana Barcelona dikatakan melengah-lengahkan uruskan perpindahan secara percuma itu.

Barcelona telah kerugian sebanyak 409 juta Pound pada musim lepas. Kelab ini tidak dapat menyembunyikan lagi kerugian ini kerana pandemik Covid-19 yang memberikan kesan buruk kepada ekonomi kelab. Mereka juga terpaksa memotong gaji para pemain untuk menampung hutang yang begitu besar.

Frank Cassie menyertai AC Milan pada 2017 dan telah bermain secara kerap dalam kesebelasan utama AC Milan. Pengurus AC Milan, Stefani Pioli berusaha keras untuk mengekalkan pemain tersebut pada musim hadapan. Dia telah mengarahkan kelab untuk memberikan kontrak baru kepada Cassie dan berunding dengan ejennya secepat mungkin.

Pengurusnya ini mempunyai hubungan yang baik dengan Cassie dan sering berborak mengenai hal di atas padang dan menganggap Cassie seorang pemain yang positif.

- Advertisement -