United buat persediaan awal untuk dapatkan Goretzka secara percuma pada akhir musim

0

Manchester United dikatakan telah melancarkan tawaran yang sangat menarik untuk Leon Goretzka. The Red Devils bersedia memberikan gaji dengan nilai hebat untuk pemain berusia 26 tahun itu.

United kini bersiap sedia untuk mengambil risiko kehilangan Paul Pogba setelah Pemain tengah itu belum menandatangani kontrak baru.Kontrak Pogba akan tamat pada bulan Jun 2022.

Seperti Paul Pogba, Leon Goretzka juga belum menandatangani kontrak baru dengan Bayern. Kontrak bekas pemain Schalke itu dengan Die Roten akan berakhir pada bulan Jun dan Goretzka boleh berpindah secara percuma pada akhir musim.

Menurut dari talkSPORT,Goretzka tidak mempunyai rancangan untuk berpindah dari Bayern pada musim panas 2021 dan United juga tidak mempunyai rancangan untuk membeli Goretzka buat masa ini kerana United hanya akan memanfaatkan peluang untuk mendapatkan Goretzka secara percuma.

Masih dari sumber yang sama, United dikatakan telah membuat persediaan awal untuk dapatkan Goretzka.

The Red Devils dilaporkan telah menawarkan gaji yang tinggi kepada pemain tengah Jerman itu.United dikatakan telah menawarkan gaji sebanyak £200,000 setiap minggu untuk Goretzka  jika dia berpindah ke United.

Goretzka akan menjadi salah satu pemain dengan bayaran tertinggi di United.Gaji yang ditawarkan kepada Goretzka setara dengan gaji Marcus Rashford, lebih tinggi daripada gaji Harry Maguire dan Bruno Fernandes.

Bayern Munich juga tidak mempunyai rancangan untuk melepaskan Goretzka dalam masa terdekat. Kerana, bersama dengan Joshua Kimmich, Goretzka adalah sebahagian dari projek masa depan Bayern di posisi tengah.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann secara terbuka menyatakan harapannya agar Goretzka bertahan di kelab dengan lebih lama.

Sumber: talkSPORT

- Advertisement -