United bersedia melakukan tawaran 90 juta pound untuk Harry Kane

Harry kane telah membuat 334 penampilan bersama pasukan Spurs dengan 220 gol jaringan tanpa memenangi sebarang piala.

0 139

Menurut akhbar Tribal Football, pasukan United telah bersedia untuk melakukan tawaran pertama kepada bintang utama Spurs Harry Kane pada minggu ini.

Pemain berusia 27 tahun itu kini sedang mendahului senarai penjaring gol dan assist terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Kane telah menjaringkan 32 gol dan mencipta 16 assist dalam 47 penampilan semua kejohanan yang disertai Spurs pada musim ini. Kane merupakan pemain yang sangat konsisten dalam permainannya bersama pasukan Spurs.

Pasukan United baru-baru ini telah berjaya melanjutkan kontrak 1 lagi musim bagi Edinson Cavani. Walau bagaimanapun, mereka masih berminat untuk mendapatkan khidmat Kane. Dengan adanya Kane dan Cavani, ia sekaligus akan memberi pilihan yang terbaik untuk Solskjaer di bahagian serangan.

Jika tawaran 90 juta pound itu diterima oleh Spurs, ia akan menjadi rekod perpindahan termahal bagi pasukan United selepas rekod perpindahan Pogba pada tahun 2016 dengan nilai 89 juta pound.

United yakin bahawa pemilik Spurs, Daniel Levy akan menerima tawaran tersebut. United akui di mana Kane berasa sangat kecewa selepas menghadapi kemarau piala sejak bersama pasukan Spurs beberapa musim sebelum ini. Dengan tawaran United ini, Kane berpeluang untuk berhijrah keluar sekaligus mengharapkan kejayaan piala bersama dengan pasukan barunya itu.

Dengan faktor usia bagi Cavani, mungkin tidak realistik untuk Cavani bermain pada setiap perlawanan. Selain itu, persembahan Martial yang tidak konsisten membuatkan United bersungguh-sungguh mendapatkan seorang lagi penyerang yang berkualiti di bahagian hadapan United. Keserasian Kane bermain dengan Maguire dan Rashford ketika bersama pasukan England sedikit sebanyak membantu peluang untuk Kane menyertai United pada musim baru ini.