United Bersedia Lepaskan Martial Ke Inter Milan

0

Inter Milan yang baru sahaja menjual Romelu Lukaku kepada Chelsea dengan nilai 98 Juta Pound. Mereka telah mengenal pasti mengenal pasti Anthony Martial adalah calon utama sebagai penggantinya.

Inter Milan yang kini berdepan masalah kewangan terpaksa melepaskan beberapa orang bintangnya untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Pada akhir musim yang lalu, Inter Milan terpaksa berpisah dengan pengurus mereka, Antonio Conte yang telah membawa kejayaan Serie A kepada Inter Milan.

Inter Milan berkenan untuk mendapatkan Anthony Martial secara pinjaman selama satu musim. Menurut The Sun, United lebih memilih untuk menjual Martial secara tetap kepada Inter Milan.

Ole Gunnar Solskjaer dilihat akan menerima tawaran pinjaman dari Inter Milan untuk Martial selama semusim tetapi memberikan pilihan untuk terus membeli Martial selepas musim 2021/2022.

United dijangka akan berpisah dengan Martial dengan nilai 50 juta Pound seperti mana harga yang dibeli 6 tahun lalu ketika United di bawah pengurusan Louis van Gaal.

Martial kini mempunyai baki kontrak 3 tahun bersama dengan gaji mingguan 200,000 Pound.

Hubungan baik antara Manchester United dan Inter Milan dikatakan tidak akan mempunyai masalah dalam mengadakan perbincangan untuk melepaskan Martial seperti mana United menjual Ashley Young, Alexis Sanchez dan juga Lukaku sebelum ini.

Perpindahan ke Serie A dilihat terbaik untuk Martial kerana dia begitu sukar mendapatkan kesebelasan utama di bawah Solskjaer pada musim lepas. Pemain lain dilihat lebih menonjol berbanding Martial.

Selepas perlawanan pra-musim menentang Everton yang mana United menang 4-0 di Old Trafford, Solskjaer menyatakan yang Martial mempunyai prestasi kurang baik selepas baru pulih dari kecederaan.

“Martial berlatih dengan begitu baik bersama kami. Apabila seorang pemain baru pulih dari kecederaan, mereka memerlukan sedikit masa dan bekerja keras untuk mendapatkan prestasi yang baik.”

“Dia telah melakukan yang terbaik dalam latihan selepas 5 bulan berehat kerana kecederaan. Ini merupakan satu perkembangan yang baik.”

Martial merupakan pilihan utama untuk menggantikan Lukaku di San Siro. Perpindahan bekas penyerang United, Romelo Lukaku ke Stamford Bridge dengan nilai 95 juta Pound adalah rekod yang kedua teringgi di England selepas Jack Grealish ketika ini.

- Advertisement -