United bersedia lepaskan Lingard dengan nilai hanya 15 juta pound

0

Pemain tengah United, Jesse Lingard dijangka akan meninggalkan United dengan nilai hanya 15 juta pound pada perpindahan Januari akan datang jika dia masih lagi tidak menandatangai sebarang perjanjian kontrak baru bersama United.

Pemain berusia 28 tahun itu berada di tahun terakhir kontraknya masih lagi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan United sejak bermula awal musim ini. Walaupun dia beraksi dengan cukup cemerlang bersama pasukan West Ham untuk 6 bulan tempoh pinjaman, namun dia berjaya memberi impak yang positif kepada pasukan dibawah bimbingan David Moyes itu.

Menurut The Sun, Lingard mahukan jaminan bermain sebagai pemain di dalam kesebelasan utama dalam pasukan sebelum bersetuju untuk menandatangai kontrak bernilai 135 ribu pound seminggu. Dalam keadaan sebegini, United dilihat berat hati untuk membenarkan Jesse Lingard untuk berhijrah ke kelab lain.

West Ham merupakan pasukan pertama berminat untuk mendapatkan khidmat Lingard selepas menjaringkan 9 gol untuk 19 perlawanan bersama pasukan tersebut. Selain itu, Leicester ada dikaitkan mengenai perpindahan untuk mendapatkan khidmat Lingard. Manakala Newscastle juga pasti tidak mempunyai masalah untuk berbelanja mendapatkan Lingard bagi memantapkan pasukan mereka sejak peralihan kuasa pemilik.

Pada musim ini, Lingard telah menjaringkan 2 gol dalam 6 penampilan. Lingard ada memainkan peranan penting kepada pasukan United ketika mana United menewaskan West Ham di minit terakhir perlawanan dan juga ‘assist’ kepada jaringan kemenangan CR7 ketika menentang Villarreal. Pada minggu ini, Lingard telah melakukan ‘assist’ ketika England menang 4-0 ke atas Andorra.

Rio Ferdinan telah menggesa pemilik baru Newscastle untuk mendapatkan khidmat Jesse Lingard sekali gus menjadi waktak utama kepada pasukan mereka untuk bersaingan dalam kejohanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

- Advertisement -