United berpuas hati dengan kehadiran Sancho, Varane dan C.Ronaldo, Reaksi Peminat United Selepas Chelsea Dapatkan Saul Niguez

0

Manchester United telah pun mengesahkan secara rasmi kepulangan bintang pujaan ramai, Cristiano Ronaldo dari Juventus pada musim panas kali ini. Ini adalah perpindahan yang terhangat untuk pasukan United. Namun perpindahan pemain yang dilakukan seperti pasukan Chelsea juga mendapat perhatian umum semua pihak. Chelsea secara rasminya telah berjaya mendapatkan pemain tengah dari Atletico Madrid, Saul Niguez secara pinjaman dengan pilihan untuk dibeli pada masa akan datang.

Sebelum ini Saul Niguez telah dikaitkan dengan perpindahan ke United bagi memperkuatkan bahagian tengah sedia ada pasukan. Namun, United tidak begitu serius untuk mendapatkan khidmat pemain ini. Sebelum jendela perpindahan berakhir, pemain ini telah secara rasminya ke Stamford Bridge. Ini memberikan gambaran yang Chelsea dilihat sebagai antara kelab besar yang akan memberikan saingan kuat kepada United untuk memenangi liga musim ini.

Isu besar yang timbul ketika ini ialah seorang pemain tengah berkreadibiliti tinggi sepatutnya hadir ke dalam pasukan United tetapi perkara ini tidak terjadi pada saat akhir jendela perpindahan. United sudah berpuas hati dengan kehadiran Jadon Sancho, Raphael Varane dan terbaru, Cristiano Ronaldo. Ruben Navas dan Declan Rice antara yang disebut-sebut akan ke United pada musim ini tidak menjadi kenyataan.

Oleh yang demikian, kami kongsikan beberapa reaksi peminat United selepas membaca berita berkenaan kedatangan Saul Niguez ke Chelsea. Mereka begitu berharap Solskjaer mempunyai keinginan untuk membawa pemain tengah baru ke dalam pasukan United pada hari terakhir perpindahan pemain.

- Advertisement -