Buletin Manchester United

United-berminat-mendapatkan-Eriksen-secara-pinjaman

United berminat mendapatkan Eriksen secara pinjaman

Manchester United dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Cristian Eriksen secara pinjaman sepanjang musim ini. Tetapi laporan mengatakan, United hanya bersetuju untuk membayar 40 peratus daripada gaji keseluruhan pemain tersebut. Pemain antarabangsa Denmark ini berusia 28 tahun kini bermain untuk Inter Milan selepas berhijrah daripada Spurs.

Nilai £16.9 juta telah dibelanjakan oleh Antonio Conte menemui jalan buntu kerana Eriksen gagal menyerlah sepanjang 12 bulan bersama Inter di bawah kendalian jurulatih tersebut. Eriksen dikatakan mahu berhijrah ke kelab lain untuk mendapatkan minit permainan. Akan tetapi Inter belum bersedia melepaskan khidmat pemain ini dan hanya bersedia untuk meminjamkan pemain tersebut ke kelab luar sahaja. Inter hanya akan melepaskan Eriksen pada jendela perpindahan pada penghujung musim akan datang.

United dikatakan ada membuat tawaran ke kelab Serie A itu. Ada juga laporan mengatakan Eriksen semakin hampir untuk keluar dari Inter Milan secara pinjaman. Spurs merupakan kelab yang mungkin akan menjadi arah tuju bagi Eriksen selain United. Ia merupakan tawaran pinjaman sehingga akhir musm dan tiada pilihan utnuk membeli pemain tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini untuk misi kejuararn Liga Perdana Inggeris berdasarkan reputasinya bersama Spurs pada sebelum ini. Eriksen merupakan pemain tengah yang mempunyai kualiti dalam mencipta peluang gol kepada rakan sepasukan. Selain dari United Spurs di bawah kendalian Jose juga dikatakn berminat mendapatkan kembali khidmat Eriksen bagi menguatkan barisan tengah mereka.

Sumber dari TheSun Football