United beri keutamaan mendapatkan pemain tengah berbanding sektor pertahanan

0

Harapan Pemain bek sayap England Kieran Trippier untuk menyertai Manchester United pada perpindahan kali ini berkemungkinan tidak akan menjadi kenyataan kerana menurut MEN posisi itu bukanlah sasaran utama United.

Setakat ini terdapat banyak pemain yang pernah dikaitkan dengan Manchester United. Salah satu nama yang dilaporkan menjadi sasaran Manchester United ialah Kieran Trippier.

The Manchester Evening News mendedahkan bahawa peluang untuk merealisasikan perpindahan itu semakin tipis kerana The Red Devils dilaporkan mempunyai sasaran lain pada musim panas ini.

Menurut laporan itu, Manchester United akan mengutamakan pembelian pemain tengah musim panas ini.

Mereka menilai sektor pemain tengah perlu diperkukuh dan untuk sektor bek kanan mereka 

United kemungkinan akan diperkuatkam kembali oleh Diogo Dalot, yang kembali dari pinjamannya dari AC Milan.

Menurut laporan itu meksipun United juga sentiasa memberi hal yang positif untuk mendapatkan khidmat Trippier namun Atletico Madrid sebagai pemilik kelab pertahanan itu telah meletakkan pemain dengan harga yang tinggi.

Mereka hanya mahu menjual pemain pertahanan itu dengan harga 40 juta euro.United menganggap harganya terlalu tinggi sehingga mereka memfokuskan perburuannya kepada pemain tengah.

Terdapat tiga nama yang dilaporkan diburu oleh United iaitu Saul Niguez, Ruben Neves dan Eduardo Camavinga.

- Advertisement -