United berhak mendapat penalti

0

Ole Gunnar Solskjaer percaya pengadil terpedaya dengan kenyataan di laman web Chelsea selepas United tidak diberikan sepakan penalti ketika seri 0-0 dengan Chelsea, awal pagi tadi. Rayuan penalti mereka selepas bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi ditolak pengadil perlawanan, Stuart Attwell yang kekal dengan keputusannya walaupun telah melihat VAR video di tepi padang.

“Ia jelas penalti, saya agak risau kami tidak mendapatkannya selepas ketiakpuashatian mengenai rekod penalti kami,” kata Solskjaer.

Hudson-Odoi dan Mason Greenwood berebut untuk mendapatkan bola dalam kotak penalti dan bola mengenai lengan atas Greenwood dan tangan Hudson-Odoi tetapi Attwell tidak memberikan penalti sebaliknya meneruskan permainan. Bagaimanapun, dia diarah melihat semula insiden itu menerusi VAR video dan selepas melihatnya dengan Hudson-Odoi turut berada di belakang, dia kekal keputusan dengan berkata pemain Chelsea tidak menggerakkan tangan ke arah bola. Ramai penonton terkejut dengan keputusan berkenaan.

Luke shaw dan Harry Maguire juga ada mempersoalkan keputusan pengadil. ‘Jika ia tidak penalti, mengapa perlawanan perlu dihentikan.’ kata Shaw. Manchester United telah mendapat 22 penalti dalam saingan Liga Perdana sejak permulaan musim lalu, lebih empat daripada mana-mana kelab yang membuatkan pengurus Livepool, Jurgen Klopp dan bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard mempersoalkan mengapa pasukan mereka tidak mendapat kelebihan sama daripada pengadil seperti yang United perolehi.

“Ya, terdapat fakta pengurus mempengaruhi pengadil,” kata Solskjaer kepada Sky Sports. “Saya percaya pengadil tidak akan terpengaruh tetapi saya sangat terkejut dengan keputusannya. Nampaknya, ada pengaruh luar yang mempengaruhi pengadil pada perlawanan awal pagi ini. Kami sedar ramai memperkatakan jumlah penalti yang kami perolehi ketika tiada keraguan mengenainya dan hari ini kami patut mendapatnya, ia jelas.”

Keputusan seri itu turut mengecewakan Chelsea yang menduduki tangga kelima dengan hanya satu mata di belakang kelompok empat teratas.

 

- Advertisement -