United bergelut sejak kehadiran CR7

0

Pemain lagenda Belanda Danny Blind telah memberitahu CR7 merupakan punca mengapa United berada dalam kesukaran pada ketika ini. Kepulangan CR7 ke Old Trafford pada awal musim ini berjalan dengan cemerlang sekali selepas dia menjaringkan 5 gol dalam 7 perlawanan.

Walaupun CR7 telah menjaringkan gol, United telah tewas dalam pertembungan ketika menentang Aston Villa dan Young Boys serta mereka tersingkir dari Piala Carabao ketika menentang West Ham. Derita itu bertambah dengan keputusan seri 1-1 di Old Trafford pada baru-baru ini.

Danny Blind merupakan ayah kepada bekas pertahanan United Daley Blind, percaya CR7 adalah penyebab perkara itu. Dia memberitahu pemain bintang Portugal itu hanya memikirkan mengenai gol untuk dirinya dan tidak membenarkan rakan sepasukannya bermain dalam corak permainan seperti yang mereka biasa pamerkan.

‘CR7 tidak perlu bermain sebagai watak utama di dalam pasukan. Selalunya sebagai seorang pemain penyerang, anda akan membuat larian di antara 2 orang pemain tengah pertahanan. Ia akan menyebabkan pemain pertahanan lawan akan berkemungkinan salah faham diantara mereka berdua. Namun sekarang, mereka tidak bermain seperti itu. Keadaan dan kedudukan CR7 telah menyebabkan banyak salah faham ketika pasukan United melakukan serangan.’

‘Ada pada satu ketika, ketika bola melantun keluar, Pogba telah mengarahkan pemain untuk melakukan tekanan kepada bola tersebut. CR7 tidak akan melakukan perkara seperti itu, dia hanya memikirkan untuk menjaringkan gol. Dia lebih rela melihat rakan sepasukannya bekerja keras untuk pasukan.’

- Advertisement -