United bergelut dengan prestasi bermain di tempat lawan untuk saingan Liga Juara-Juara

0

Manchester United telah mengalami kekalahan mengejut awal pagi tadi pada perlawanan pertama Liga Piala Juara-Juara Eropah. United sebenarnya dalam keadaan yang sangat baik dari segi prestasi semasa. Namun kekalahan kepada pasukan Young Boys 1-2 ini telah memberikan pengajaran yang baik kepada pasukan United yang mengalami kekalahan pertama pada musim ini.

Walaupun CR7 telah menjaringkan gol pendahuluan untuk pasukan United, namun disebabkan kekasaran yang dilakukan Wan-Bissaka menyebabkan dia dilayangkan kad merah dan United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain. United gagal mempertahankan kedudukan tersebut.

Kekalahan awal pagi tadi telah mengingatkan kita mengenai detik suram saingan United dalam kejohanan ini. United pada musim lepas tewas kiraan mata kepada PSG dan RB Leipzig ketika di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan tersebut telah berjaya layak ke seapruh akhir kejohanan tersebut pada musim lepas. United telah tewas kepada kelab Turki Istanbul Basaksehir 1-2 yang telah berada di kedudukan ke-12 dalam saingan liga Turki pada musim lepas dengan mencatatkan 12 kemenangan untuk 40 perlawanan. Kemudian kekalahan kepada PSG dan Leipzig menyebabkan United tersingkir ke saingan Piala Europa.

Perlawanan awal pagi tadi pasti akan diingati oleh Solskjaer kerana United sebenarnya sentiasa bergelut untuk bermain dengan baik apabila bertemu dengan pasukan lawan di tempat lawan dalam kejohanan ini. Solskjaer ada berkata sebelum perlawanan, ‘Kami telah memulakan dengan sangat baik pada musim lepas tetapi segalanya berubah apabila kami tewas kepada Basaksehir di mana perlawanan yang sepatutnya kami tidak boleh kalah. Perlawanan seperti menentang Basaksehir pada musim lepas seharusnya tidak akan berlaku sekali lagi pada musim ini dan kami akan pastikan ia tidak akan berlaku.’

Namun ia berlaku sekali lagi pada musim ini. United telah tewas kepada Young Boys pada perlawanan pertama di tempat lawan. United jelas bergelut dengan permainan di tempat lawan dalam kejohanan ini sejak musim lepas. Hanya perlawanan menentang PSG mereka berjaya menang namun tewas di tempat sendiri ketika menentang PSG. Tidak seperti yang mereka pamerkan di dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di mana mereka memegang rekod tanpa kalah di tempat lawan sebanyak 29 perlawanan.

Dengan perlawanan yang sukar akan menanti United selepas ini, United tidak boleh kalah lagi dalam perlawanan selepas ini kerana ia akan menyebabkan United akan tersingkir dalam kejohanan terulung ini.

- Advertisement -