United bawah 23 tahun tewas tipis, namun aksi ‘assist’ Shola Shoretire menjadi tumpuan

0

Pasukan Manchester United bawah 23 tahun telah mengalami kekalahan tipis dalam perlawanan pembukaan ‘EFL Trophy’. United di ditewaskan 2-3 kepada pasukan Linclon City selepas ketinggalan 3-0 pada sautu ketika. United bawah 23 tahun telah di undi dalam kumpulan bersama Sunderland, Brandford City dan Linclon City. Mereka masih mempunyai baki 2 perlawanan yang seterusnya.

Lincoln telah mendahuli United dengan 3 gol hasil jaringan bekas pemain West Ham Anthony Scully. United bawah 23 tahun sebenarnya telah menurunkan pemain-pemain yang berkualiti seperti Hannibal Mejbri dan Shola Shoretire. Kedua-dua pemain ini terlibat dalam kebangkitan United pada separuh masa kedua.

Galeri gambar aksi United bawah 23 tahun.

Shola Shoretire telah mempamerkan aksi yang bagus ketika United berusha untuk bangkit dari ketinggalan. Pemain berusia 17 tahun ini telah menerima bola hantaran jauh 25 meter dari Charlie Savage dan kemudian dia menewaskan 1 lawan 1 pertahanan lawan seterusnya membuat hantaran tanpa melihat bola ke Charlie McNeill yang mudah menolak masuk gol tersebut.

Klip video gol pertama United bawah 23 tahun

Aksi Shoretire membuat hantaran ke arah bertentangan tersebut telah berjaya menipu pertahanan pasukan lawan dengan baik. Charlie telah menjaringkan gol ke-2nya pada musim ini selepas sepakan kaki kirinya mudah menewaskan penjaga gol lawan.

United kemudian berjaya menjaringkan gol ke-2 selepas Bjorn Hardley menanduk masuk bola hantaran lintang Hannibal. Ini merupakan kebangkitan yang baik bagi Hardley selepas dia melakukan kesilapan kekasaran dalam kotak penalti yang membolehkan Chelsea menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan sebelum ini. Hannibal pula telah mempamerkan aksi yang penuh bersemangat dalam usaha United untuk mnyamakan kedudukan.

Klip video aksi Hannibal dan jaringan gol kedua ‘assist’ dari Hannibal

Namun disebabkan itu, Hannibal telah melakukan kekasaran ketika mendapatkan bola dari pertahanan lawan dan menyebabkan dia dilayangkan kad kuning kedua ketika United ketinggalan 2-3 di minit-minit terakhri perlawanan.

Para pemain United bawah 23 tahun merasa kecewa dengan keputusan ini kerana mereka merasakan mereka boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dari ini. Kesilapan dan kealpaan di barisan pertahanan menyebabkan mereka dibolosi dengan 3 jaringan pasukan lawan. Ia merupakan pengajaran yang baik dan satu proses pembelajaran kepada pemain-pemain muda ini sebelum mereka mencipta nama dengan pasukan utama.

- Advertisement -