United anggap harga Trippier tidak masuk akal dan berencana batalkan segala rundingan

0

Harapan Manchester United untuk mendapatkan khidmat Kieran Trippier musim panas ini semakin pudar setelah proses rundingan mereka dengan Atletico Madrid berjalan dengan sangat sukar.

Manchester United yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk memburu bek kanan baru kerana ingin mencari Pelapis untuk bersaing dengan Aaron Wan-Bissaka di sebelah kanan pertahanan mereka mungkin terpaksa mencari sasaran lain.

Menurut Manchester Evening News, perpindahan Trippier semakin sukar untuk direalisasikan Kerana proses rundingan dengan Atletico Madrid berjalan sangat sukar.

Menurut laporan itu, Atletico Madrid tidak berniat menjual Trippier kepada Manchester United sejak awal.

Di mata Diego Simeone, pemain pertahanan itu adalah pemain yang sangat penting. Dia juga menganggap sukar untuk mencari bek kanan seperti Trippier ketika ini.Itulah sebabnya Atletico berusaha melakukan segala yang mungkin agar Trippier tidak pergi pada musim panas ini.

Salah satu cara yang dilakukan Atletico untuk mengagalkan hasrat Manchester United adalah dengan meletakkan harga yang sangat mahal untuk pemain ini.

Dalam laporan itu Mereka telah meletakkan harga kepada pemain pertahanan itu dengan harga 40 juta Euro dimana Mereka tidak mahu menerima tawaran di bawah harga tersebut.

Dalam kem United tersendiri mereka menganggap harganya terlalu tinggi sehingga kemungkinan perpindahan ini tidak dapat terwujud.

Meskipun begitu Manchester United sudah mempunyai pilihan alternatif sekiranya mereka gagal mendapatkan khidmat Trippier.Salah satu pemain pertahanan yang mereka perhatikan adalah pemain pertahanan Norwich City, Max Aarons.

- Advertisement -