United akan menawarkan kontrak baru kepada Luke Shaw

Karier Luke Shaw kelihatan seperti pemain yang dilahirkan semula oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Marc Atkins/Getty Images
0

Pada musim 2020/21, Luke Shaw, bebas dari mengalami sebarang kecederaan yang berpanjangan. Luke telah mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim ini. Pemain yang bermain sebagai bek kiri dalam kesebelasan utama ini terus menjadi pilihan Solskjaer dan terus menampilkan persembahannya yang mengagumkan.

Setakat ini, Shaw telah bermain sebanyak 40 penampilan, menyumbang enam assist serta satu gol. Penampilan Shaw, yang begitu mantap, membolehkan The Red Devils akhirnya ingin memberi ganjaran kepadanya, iaitu dengan menawarkan kontrak baru kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Sumber Mirror Football, kontrak Shaw dengan Manchester United masih terikat hingga 2023. Walau bagaimanapun, kelab bersedia untuk melanjutkan tempohnya selama tiga tahun lagi dan ini bermaksud dia sekurang-kurangnya akan kekal bersama United sehingga 2026.

Dalam tawaran kontrak tersebut, Shaw juga akan mendapat kenaikan gaji. Seperti diketahui, dia kini mempunyai pendapatan 150 ribu pound per minggu dan nilai itu akan ditingkatkan oleh Man United menjadi 190 ribu pound.

Sekiranya United benar-benar melakukan tawaran tersebut maka, Alex Telles nampaknya tidak akan mempunyai masa depan yang baik dengan kelab United. Luke Shaw sering diberi keutamaan sebagai pemain bek kiri United pasti akan membuatkan Alex Telles kian dipinggirkan.

- Advertisement -