Bekas pemain pertahanan United Patrice Evra menasihati Donny van de Beek untuk meninggalkan Manchester United dan pergi “ke mana dia rasa disayangi”
Ikon United, Evra telah menasihatkan pemain berasal Belanda itu untuk meninggalkan Manchester ke kelab lain di mana dia berasa disayangi dan dihargai..
Bekas pemain Red Devil itu merasakan pemain antarabangsa Belanda itu tidak dihormati di England..
Seperti diketahui Donny Van De Beek merupakan salah seorang prospek masa depan Belanda ketika bersama Ajax.
Dia menyertai United pada 2020 dan menarik perhatian beberapa kelab kerana persemabahan nya ketika bermain di UCL
Tetapi dia tidak dapat mengulangi persembahan terbaik itu ketika bersama United walaupun sudah beberapa tahun bersama
“Nasihat saya kepadanya ialah dia perlu pergi ke suatu tempat di mana dia rasa disayangi. Masalah di England, bukan sahaja Manchester, ialah orang tidak menghormatinya. Dia seorang pemain yang sangat bagus.”
“Dia kehilangan masa. Dia semakin cedera, dia tidak bermain dengan cukup dan apabila dia bermain semua tekanan berada di atasnya.”
“Saya tidak fikir dia boleh menangani tekanan dengan baik. Pergi ke tempat yang anda rasa disayangi adalah nasihat saya.”
Semasa bersama Solskjaer pemain ini sering memanaskan bangku simpanan saja sehinggakan dipinjamkan ke Everton untuk mencari pengalaman. Tetapi dengan kehadiran Ten Hag masih belum menjumpai rentak sebenar Donny yang menyerlah ketika di Ajax..
sumber : Man Utd News