Ucapan tahniah kepada Varane dari Sergio Ramos dan Marcelo

0

Bekas gandingan Raphael Varane di Real Madrid yang juga telah berhijrah ke PSG telah menyampaikan ucapan tahniah kepada rakannya itu di atas perpindahan ke Manchester United.

Ramos juga sempat membuat jenaka kepada Varane di mana jika Man Utd dan PSG bertemu dalam perlawanan tertentu nanti, dia mengharapkan Varane memberikan kemenangan kepada pasukan PSG kerana PSG merupakan kelab tanah air bagi Varane.

Ramos telah menulis, “Kepada rakanku Varane, saya ingin mengucapkan tahniah di atas persahabatan dankerjasama berpasukan yang hebat telah kita lakukan sekaligus membenarkan kita menjuarai kejuaraan yang selama bertahun-tahun.’

‘Semoga berjaya di tempat baru anda nanti dan ia pasti akan menjadi cabaran baru yang begitu menerujakan. Jika kita bertemu nanti, anda harus benarkan pasukan daripada tanah air anda menang bukan? jaga diri bro.’

Ramos dan Varane telah memenangi 4 kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah dan juga kejayaan gemilang di La Liga. Penghijrahan kedua-dua pemain ini merupakan kehilangan yang terbesar kepada pasukan Real Madrid.

Selain itu, pertahanan kiri Real Madrid yang masih lagi bersama pasukan itu, telah menyampaikan mesej baik kepada Varane selepas melengkapkan perpindahan ke Man United.

‘Saya akan merindui kamu Rapha!!. Saya hanya ingin mengucapkan ucapan terima kasih di atas kenangan kita bermain bersama dan kejayaaan yang kita kecapi. Selamat maju jaya kepada anda untuk cabaran baru akan datang di sana. Anda memang terbaik Rapha!! Terima kasih Rapha, terima kasih Rapha’

- Advertisement -