Buletin Manchester United

Tyrone-Mings-dan-David-Carmo-menjadi-senarai-baru-pemburuan-United

Tyrone Mings dan David Carmo menjadi senarai baru pemburuan United

Manchester United dikhabarkan telah menyenaraikan 2 lagi target utama pemain baru untuk perpindahan akhir musim ini. Solskjaer dilihat begitu serius untuk memantapkan barisan pertahanan United pada musim hadapan. United beralih arah kepada Tyrone Mings dan David Carmo selepas mereka terlepas untuk mendapatkan Upamecano yang telah melengkapkan perpindahahn ke Bayern Munich akhir musim ini.

Barisan pertahanan United yang sering melepaskan gol-gol mudah membuatkan Solskjaer pening kepala memikirkan gandingan sepatutnya diturunkan dalam kesebelasan utama United. United berminat untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun dari Aston Villa, Tyrone Mings yang menjadi benteng pertahanan utama pasukan itu. Ming telah mempamerkan aksi yang baik pada musim ini. Dia telah memainkan peranan utama di bahagian pertahanan Aston Villa sehingga mereka kini berada di kedudukan 10 teratas liga. Aston Villa hanya melepaskan 24 gol dibandingkan dengan United yang telah melepaskan 30 gol.

Selain itu, United juga berminat unutk mendapatkan pemain muda SC Braga, David Carmo . Pemain ini ada dikaitkan ke Liverpool pada awal musim ini tetapi perbincangan di antara dua pihak itu tidak berjaya. David Carmo berasal dari Portugal mempunyai masa depan yang cerah kerana sentiasa berada dalam kesebelasan utama pasukan Braga walaupun usianya hanya 21 tahun.