Tumpuan pasti tertumpu kepada kebolehan James Garner

0

Apabila kita bercakap mengenai persediaan Manchester United untuk persediaan pra-musim ini, tumpuan pastik tertumpu kepada pemain muda James Garner.

Garner kini berusia 20 tahun, berpeluang untuk mencipta masa depannya pada musim ini kerana United sedang memerhati dan memantau prestasi samasa Garner sama ada dia akan berada dalam perancangan dalam pasukan utama atau tidak.

Pada musim lepas, Garner telah dipinjamkan ke 2 kelab iaitu Watford dan Nottingham Forest di mana dia telah bermain hampir 40 perlawanan dalam 1 musim.

Di Forest, Garner merupakan pemain yang paling diminati oleh para penyokong mereka dan dengan jaringan menentang Derby pada Ahad ini pasti akan merupakan 1 perkembangan yang baik bagi anak muda ini.

Garner telah membuat penampilan pertama dengan United pada usia 17 tahun di bawah bimbingan Solskjaer. Dia telah di bawa masuk pada minit terakhir perlawanan ketika menentang Crystal Palace.

Dia kemudian berjaya menjaringkan gol pada perlawanan pra-musim 2019 ketika perlawanan menentang Perth Glory.

Pada perlawanan pra musim 2021 ini, dia akan menerima tugasan utama sebagai pemain tengah seperti yang dimainkan oleh Scott McTominay, Fred, Donny, Paul Pogba dan Bruno. Pemain-pemain utama United ini masih belum hadir bagi sesi latihan pra-musim.

Garner akan bermain bersama Nemanja Matic di bahagian tengah sambil kemungkinan Dylan Levitt dan Ethan Galbaraith juga berpeluang untuk mempamerkan aksi pada perlawanan tersebut. Kedua-dua rakan Garner ini masih lagi menjadi tanda tanya masa depan mereka sama ada berkemungkinan di pinjamkan untuk memberi minit permainan dan pengalaman bermain dalam liga kompetitif.

Namun, dengan barisan pemain tengah United yang begitu kuat dan bagus, ada kemungkinan juga Garner akan dipinjamkan. Tapi, United pasti mahu Garner akan dipinjamkan ke kelab Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun, peluang untuk bermain dalam perlawanan pra-musim ini perlu diambil oleh Garner untuk mempamerkan kemampuannya. Dia harus membuktikan dia bersedia untuk bermain dalam pasukan utama Solskjaer dan bersaing dengan nama-nama besar yang sedia ada. Untuk pra-musim kali ini yang pasti dia akan menjadi tumpuan di bahagian tengah.

Garner merupakan ‘all round midfielder’ yang boleh bermain di bahagian pertahanan dan juga serangan. Dia mampu memberikan kualiti yang bagus ketika pasukan melakukan serangan. Dia mempunyai statistik hantaran yang terbaik ketika bermain untuk pasukan bawah 23 tahun United pada 2019/2020 dengan 8 gol daripada 10 perlawanan.

Dia mempunyai masa depan yang cerah. Solskjaer pasti berada dalam keadaan sukar untuk membariskan pemain di bahagian tengah kerana United mempunyai ramai pemain tengah berkualiti. Adalah lebih baik jika Garner dipinjamkan walaupun ia adalah keputusan yang berat. Namun ia bagus untuk kariernya.

- Advertisement -