Tugas berat menanti Solskjaer bagi persediaan De Gea

0

De Gea kembali bersama pasukan United untuk menjalani latihan pusat di Scotland. Selepas tiba di Dundee, United telah memulakan sesi latihan pada waktu petang.

De Gea mempunyai impian untuk mengisi posisi penjaga gol utama United pada awal musim ini. Dia mahu melupakan episod dukanya di atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti ketika tewas di Piala Europa musim lepas.

Peminat tidak mengkritik De Gea walaupun dia gagal sempurnakan sepakan penalti tersebut. Walaupun dia mempunyai rekod yang tidak bagus dalam menyelamatkan sepakan penalti pemain lawan.

De Gea juga mahu melupakan kisah sedih ya todak bermain dalam sebarang perlawnan Euro 2020 baru-baru ini. Dia berada di bangki simpanan di belakang penjaga gol utama Unai Simon.

DeGea perlu mengambalikan kecergasan fizikal dan mentalnya dalam usaha untuk menjadi penjaga gol utama United pada awal musim ini.

Dean Henderson disisihkan sementara kerana bergelut dengan Covid 19 pada waktu ini. Dia tidak mengikuti rakan-rakannya ke Scotland.

Pasti peluang ini perlu diambil oleh De Gea. United harus memulakan kempen dengan kemenangan dan keyakinan. De Gea akan menjadi watak utama di benteng terakhir United.

Tugas berat menanti Solskjaer dan kejurulatihan United untuk mengembalikan keyakinan dan motivasi kepada De Gea sebelum menjadi penjaga utama United pada saingan liga nanti.

- Advertisement -