Tuanzebe Kembali

Pemain pertahanan Manchester United, Axel Tuanzebe mengatakan dia sudah bersedia untuk kembali beraksi bersama United.

Pemain pertahanan tengah itu tidak bermain sejak kemenangan ke atas Colchester United di Piala Carabao tahun lalu dan terdesak untuk menebus masanya yang hilang sebelum ini.

Setelah meningkatkan kecergasannya di Kompleks Latihan AON, peminat Manchester United mengharapkan beliau dapat kembali menyarung jersi United itu lagi.

” Terima kasih kerana bertanya” katanya, ketika Steward Gardner bertanya tentang bagaimana keadaan kecergasannya. ” Saya baik, terima kasih. Ia cukup bagus untuk kembali menjalani latihan bersama rakan pasukan lagi kerana saya sudah lama tidak bersama mereka.

” Sejak bulan 12 yang lalu, anda boleh katakan, saya tidak dapat beraksi dalam sebarang perlawanan. Saya selalu mengalami kecederaan tetapi saya percaya kepada pasukan perubatan yang sedia ada. Saya telah bekerjasama rapat dengan John Davin dan dia banyak membantu saya. Jadi, kali ini saya mahu terus berusaha”.

” Pelbagai kecederaan saya alami” jelasnya. ” Malang sekali, semasa saya dalam kecederaan, saya tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Saya bersyukur dapat kembali untuk bermain berberapa permainan bersama pasukan”.

Sumber gambar dari Manutddotcom

Pasti sukar bagi pemain muda akademi United ini untuk menerima kenyataan yang die tidak boleh beraksi bersama rakan sepasukan, Tetapi pada usia 22 tahun, inilah masanya untuk kembali bersinar selepas perlawanan antarabangsa. Dia ditanya adakah sukar baginya untuk mengawal mental kerana sudah lama tidak beraksi.

” Ya, sudah tentu sekali”, jawabnya. ” Anda telah melihat pemain-pemain lain yang sedang prestasi yang baik dan permainan yang dimainkan oleh mereka semakin bagus, jika dibandingkan dengan saya. Saya mendapat mesej bertanyakan bila saya akan kembali. Itu merupakan sesuatu yang sukar, tetapi saya mempunyai orang yang baik di sekitar saya yang telah membuatkan saya untuk terus maju ke hadapan yang memberi motivasi kepada saya setiap hari, dan saya memotivasikan diri sendiri untuk mengetahui bahawa ada sinar disebaliknya.

” [Saya ingin mengucapkan terima kasih] terutama kepada mereka yang membantu saya ketika dalam pemulihan iaitu dari segi kekuatan fizikal dan mental. Saya sentiasa bersama mereka setiap hari, dan berusaha untuk menguatkan prestasi permainan saya suapaya menjadi lebih bagus “.

Seperti orang lain, Axel tidak sabar untuk melihat pemain baharu iaitu Edinson Cavani dan tidak dinafikan bahawa dia pasti akan sukar untuk dikawal semasa dalam latihan seperti Anthony Martial.

” Saya suka untuk menentang dengan pemain yang berbakat”, tegasnya. ” Sejak kebelakangan ini, anda boleh katakan, 12 bulan saya berurusan dengan Anthony dan itu sangat mengejutkan, kerana dia sukar untuk dikawal dalam latihan.

” Inilah yang anda mahu hadapi – yang terbaik – untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri. Edinson akan menjadi tambahan lain dengan pengalamanya, pengetahuannya tentang permainan dan sangat bagus untuk saya belajar darinya”.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd