Trippier gembira di Sepanyol

Trippier juga teruja kerana dipanggil semula menyertai pasukan England.

0

Pemain pertahanan kanan utama Atletico Madrid, Kieran Trippier telah dikhabarkan akan menyertai United sejak Januari lepas dan ada laporan memberitahu yang United masih lagi berminat untuk membawa nya ke Old Trafford.

Walau bagaimanapun, Trippier memberitahu yang dia sangat selesa berada di Sepanyol pada waktu ini. Di tambah pula selepas Atletico Madrid menjuarai La Liga pada musim ini.

Pemain antarabangsa England ini memberitahu,’Saya sangat gembira dengan perkembangan diri saya pada waktu ini. Saya sentiasa fokus dalam memberikan permianan yang bagus untuk pasukan. Saya sangat berpuas hati selepas saya berjaya membantu pasukan memenangi kejuaraan La Liga.’

‘Kemungkinan peminat dan wartawan tidak terlalu memfokuskan keadaan saya di Sepanyol. Mungkin kerana Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang sangat terkenal pada waktu ini dengan pelbagai drama dan persaingan. Akan tetapi, saya sangat gembira berada di sini. Keluarga saya juga menikmati kehidupan yang aman damai di sini. Oleh sebab itu, ia memberi semangat pada diri saya untuk terus bermain dengan baik utk pasukan.’

‘Saya juga gembira saya kembali mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan England. Saya tahu pengurs pasukan sentiasa memantau perkembangan saya di Sepanyol. Oleh itu, saya harus bermain dengan baik dan kekal konsisten untuk membalas kepercayaan pengurus dan pegawwai pasukan England.’

- Advertisement -