Tottenham dilaporkan bersedia menjual Harry Kane

Harry Kane telah menjaringkan 31 gol dan 21 bantuan gol.

Clive Rose/Getty Images
0

Musim 2020/21 ini, Harry Kane, yang tidak kehilangan ketajamannya dalam menjaringkan gol, terus dikabarkan berpotensi untuk meninggalkan kelabnya, Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan musim panas tahun 2021.

Sebab utama hasrat Harry Kane untuk meninggalkan Spurs adalah kerana dia mempunyai cita-cita untuk memenangi gelaran yang masih sukar diperoleh dengan pasukannya sekarang. Umurnya semakin meningkat. Selain itu, Manchester United juga didakwa menjadi sebagai pasukan yang serius dalam membawa masuk Harry Kane ke Old Trafford.

Sebenarnya, Express Football ada melaporkan bahawa peluang bagi pemain penyerang antarabangsa England itu untuk meninggalkan Spurs semakin terbuka. Ini kerana Daniel Levy, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Spurs, dikatakan telah bersedia untuk melepaskan Harry Kane dengan satu syarat.

Dilaporkan, Levy telah memberikan syarat untuk pasukan yang berminat, sekurang-kurangnya mesti menyediakan 125 juta pound untuk memulakan rundingan terbuka secara rasmi terhadap pemain tersebut. Dengan keadaan pendamik Covid 19 ini pasti kelab-kelab besar berhati-hati dalam membelanjakan kewangan pasukan mereka.

Harga yang ditetapkan oleh Spurs memang kelihatan tinggi. Namun, melihat Spurs mungkin gagal melangkah ke kejohanan Liga Juara-Juara musim depan, Kane mungkin akan mendesak kelab itu untuk menjualnya dengan harga yang sedikit lebih rendah daripada keinginan Daniel Levy.

- Advertisement -