Tom Heaton sentiasa bersedia

0

Kehadiran Tom Heaton di Manchester United merupakan perpindahan pertama pada jendela musim ini. Kejadirannya dilihat memberikan kegusaran kepada para peminat di atas faktor usianya yang berusia 35 tahun.

United mendapatkan khidmat Tom Heaton untuk menjadi ‘backup’ kepada penjaga gol utama mereka iaitu Dean Henderson dan David De Gea yang terus kekal bersama United pada musim ini.

Jika salah seorang daripada penjaga gol utama United itu berhijrah maka Tom Heaton akan dijadikan penjaga gol pilihan kedua untuk United.

Namun yang lebih mengejutkan apabila dia telah menggalas tugas penjaga gol utama United sewaktu perlawanan persahabatan pra-musim 21/22. Dia telah memulakan ke dalam tiga-tiga perlawanan persahabatan tersebut.

United telah melepaskan 3 gol ketika menentang QPR dan gol-gol tersebut berlaku selepas dia dikeluarkan. Begitu juga dengan gol ketika perlawanan menentang Derby. Seorang lagi penjaga gol United, Lee Grant telah melepaskan 4 daripada 5 gol sepanjang perlawanan persahabatan tersebut.

Heaton telah melepaskan 1 gol ketika menentang Brentford. Gol pasukan pelawat tersebut merupakan gol yang cantik dan sukar diselamatkan oleh Heaton.

Perkara ini pasti memberikan harapan yang baik kepada Heaton bagi persediaan awal liga pada musim ini. Dia berkemungkinan akan diturunkan pada saingan awal liga. De Gea dan Henderson masih lagi belum bersedia pada waktu ini.

De Gea baru sahaja pulang dari bercuti dan akan menyertai sesi latihan pada minggu ini. Manakala Henderson masih lagi berlatih secara ringan kerana kecederaannya masih belum pulih 100%.

United tidak mahu tergesa-gesa untuk menurunkan Henderson pada waktu ini. Berkemungkinan perlawanan menentang Everton nanti pasti akan ada peluang untuk De Gea dan Henderson bermain sekurang-kurangnya 45 minit permainan. Perlawanan itu penting kerana ia merupakan perlawanan terakhir persahabatan sebelum United memulakan kempen saingan Liga PErdana Inggeris.

Jika kedua-dua penjaga gol itu tidak bersedia atau masih belum berada di tahap terbaik kecergasan mereka, maka Heaton akan menjadi pilihan utama bagi perlawanan menentang Leeds nanti.

Pengalaman Heaton pasti akan menjadi harapan Solskjaer pada awal musim ini. Solskjaer pasti tidak mahu mengambil risiko jika penjaga gol utamanya masih belum bersedia untuk bermain. Dengan barisan pertahanan yang dilihat akan begitu ‘solid’ tiada masalah untuk Heaton bermain sebagai penjaga gol pada waktu itu.

Ia akan memberikan ruang dan masa kepada kedua-dua penjaga gol United untuk memastikan mereka bersedia untuk bermain. Namun De Gea pasti akan memastikan perkara ini tidak berlaku kerana dia ketika di saingan Euro 2020 tidak bermain sebagai penjaga gol utama Sepanyol. Makanya dia pasti akan bersedia untuk menggalas tugas penjaga gol utama United bagi perlawanan liga itu.

- Advertisement -