Timothy Fosu Mensah berhijrah demi kebaikan kariernya

0

Timothy Fosu Mensah telah berhijrah ke Bayern Leverkusen pada perpindahan Januari baru ini selepas dia menolak tawaran kontrak baru daripada United. Timothy Fosu Mensah merupakan pemain akademik United sejak tahun 2014 lagi. Perpindahannya bernilai lingkungan 1.5 juta euro.

Timothy Fosu Mensah mengakui dia kecewa selepas meninggalkan United di mana United merupakan tempat dia memulakan karier sebagai pemain bola sepak. Namun semua ini disebabkan dia ingin menyelamatkan masa depan dia. Dia ingin mewakili Belanda dalam kejohanan Piala Eropah pada akhir musim ini.

Karier Timothy Fosu Mensah di United begitu suram selepas dia mengalami kecederaan semasa dia dipinjamkan ke Fulham. Dia berehat begitu lama dan mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih. ‘Perpindahan saya ini merupakan keputusan saya. Saya mengalami kecederaan semasa saya dipinjamkan ke Fulham. Selepas itu, saya kembali ke United. Ole Gunnar Solskjaer ada memberi saya peluang untuk bermain dengan pasukan senior.’

Namun kehadiran Wan-Bissaka telah mengubah segalanya. Dia gagal bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Walaupun Solskjaer ade memberi jaminan yang dia akan mendapat minit permainan. Akan tetapi, dia masih lagi tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut. ‘Solskjaer sangat baik terhadap saya. Tetapi saya masih lagi belum dapat bermain dengan kerap dalam perlawanan utama. Walaupun saya berada dalam senarai bersama pasukan senior. Pada Usia 22,23 dan 24 anda harus kerap bermain dalam perlawanan utama.’

‘Saya ingin bermain selalu, dan oleh itu saya membuat keputusan untuk berhijrah di mana tempat saya boleh kerap bermain. Saya perlukan minit permainan untuk memastikan saya berjaya mewakili Belanda pada kejohanan Piala Eropah nanti.’

- Advertisement -