Tidak mahu dipinjamkan,Diallo akui ingin bermain bersama Fernandes dan Pogba

0

5F83A888-92BA-4777-ACD1-BDAC60BD8486

Pemain muda Manchester United, Amad Diallo beri isyarat bahawa dia mahu kekal di Old Trafford setelah masa depannya mula dipersoalkan.Diallo mengakui bahawa dia ingin mencuri ilmu dari dua seniornya Bruno Fernandes dan Paul Pogba. 

Masa depan Amad Diallo di Manchester United dalam beberapa hari ini telah dipersoalkan oleh banyak pihak.Ini tidak dapat dipisahkan dari kedatangan Jadon Sancho yang diramalkan akan mengurangkan lagi minit permainannya pada musim 2021/22.

Namun, Diallo, yang baru saja kembali berlatih bersama Manchester United setelah memperkuat pasukan kebangsaan IVORY COAST di Olimpik Tokyo , mengatakan dia gembira dapat kembali ke skuad The Red Devils.

“Sekarang saya kembali bersama pasukan, pasukan berada dalam keadaan yang baik dan kami bekerja sangat keras untuk memastikan kami dapat mencapai sasaran kami musim ini,” kata Diallo.

“Saya sangat gembira dapat kembali bekerja dengan pasukan.Sesi latihan pertama bersama pasukan memberi saya perasaan yang hebat,kerana saya sudah dua minggu berada di rumah [menjalani prosedur kuarantin]., 

“Sungguh menarik.Sebagai pemain muda,saya boleh belajar banyak perkara dari mereka(Fernandes,Pogba)dan mereka juga menolong saya di padang. ”

“Pemain baru [Jadon Sancho dan Raphael Varane] adalah pemain hebat, orang hebat, dan saya sangat menikmati latihan dengan mereka.Penting buat saya untuk berlatih dengan mereka dan belajar dari mereka.”

- Advertisement -