Berita Terkini

“Tiada pemain yang gembira dibawa keluar” respon Ten Hag mengenai isu Ronaldo.

9D1EF913-B0A0-4BDA-AD0F-358038C69DDE

Pengurus United Erik Ten Hag memberikan reaksi mengenai pertukaran pemain yang melibatkan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Bintang Portugal itu di keluarkan pada minit ke 71 pada babak kedua. Marcus Rashford dimasukkan untuk memberikan nafas baru dalam serangan United.

Ronaldo mendapat peluang memulakan perlawanan dalam kempen liga kerana sebelum ini dia hanya masuk sebagai pemain gantian.

Bagaimanapun, dalam aksi nya Sepanjang diatas padang belum cukup berkesan dan tidak dapat menyusahkan pertahanan Newcastle United.

Disebabkan itu Ten Hag sebagai pengurus membuat keputusan mengeluarkan Ronaldo. Reaksi pemain itu dilihat sangat tidak berpuas hati apabila dia di keluarkan dalam permainan.

Erik ten Hag memberikan komentar nya dalam sidang Akbar menjelang perlawanan menentang Spurs

“Saya fikir tiada pemain yang gembira apabila mereka dibawa keluar dan terutamanya Ronaldo. Selagi ia dalam cara yang agak biasa, tiada masalah dengan itu”

United akan berdepan Spurs dan cuba untuk memenangi perlawanan selepas hanya memungut satu mata sebelum ini.

Adakah Ronaldo akan bermula, itu menjadi satu persoalan..

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar