Buletin Manchester United

Tiada-pemain-baru-untuk-perpindahan-Januari-ini

Tiada pemain baru untuk perpindahan Januari ini

Ole Gunnar Solskjaer telah memaklumkan, United tidak akan mendapatkan pemain baru pada perpindahan Januari yang baru berakhir. Solskjaer memaklumkan juga, Phil Jones akan kembali berada di dalam pasukan United untuk saingan Liga Perdana Inggeris dan Piala Europa walaupun dia tidak pernah bermain sejak Januari 2020.

‘Saya boleh pastikan, tiada pemain yang akan di bawa masuk, oleh yang demikian jangan tidur lewat yup’ kata Solskjaer. Pemain pertahanan muda United Teden Megi telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Derby County di bawah kendalian Wayne Rooney. Pemain akademik United itu berusia 19 tahun telah membuat penampilan pertamanya pada musim lepas dan telah menjalani latihan bersama dengan pasukan senior untuk musim ini. ‘Kami telah membuat keputusan, kami merasakan ia bagus untuk Mengi mendapatkan pengalaman bermain dalam liga tersebut dan mendapat minit perlawanan dalam saingan Liga Championship.’

‘Kami telah melepaskan ramai pemain muda kami pergi mendapatkan pengalaman bersama kelab lain untuk mendapatkan pengalaman dan mendapat minit permainan yang penting bagi kami untuk akan datang. Pemain seperti James Garnerm Tahith Chong, Mengi, Pellistri pasti akan mendapat pendedahan bermakna dengan keputusan ini. Selain itu seorang pemain senior juga telah di pinjamkan ke West Ham United iaitu Jesse Lingard. Saya berharap dia dapat bermain baik di sana.’

‘Phil Jones telah pulih daripada kecederaan dan dia sedang bekerja keras untuk mendapatkan stamina permaianan dia semula. Saya akan masukkan dia dalam senarai pemain kami dan berharap dia dapat kembali dengan keadaan yang 100% cergas dan bermain dengan baik untuk kami.’