Tiada kelibat penyerang fantasi anda dalam pertemuan United menentang West Ham

0

Pasukan Manchester United akan bertemu dengan pasukan West Ham pada perlawanan di tempat lawan pada hujung minggu hadapan. West Ham akan turun tanpa tonggak utama penyerang mereka Michail Antonio yang telah dikenakan kad merah selepas menerima layangan kad kuning ke-2 dalam perlawanan yang berkesudahan 0-0 ketika pertemuan dengan Southampton.

Michail Antonio tidak akan dapat bermain dalam pertemuan menentang United pada Ahad depan. Michail Antonio merupakan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris pada bulan Ogos selepas menyingkirkan calon daripada United iaitu Mason Greenwood.

Penyerang utama pasukan West Ham ini telah menjaringkan 4 gol untuk 4 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan melakukan 3 ‘assist’. Dia berada dalam prestasi yang terbaik pada bulan lepas. Ia perkhabaran berita yang baik selepas penggantungan perlawanan pemain ini.

Namun, Antonio akan digantung 1 perlawanan sahaja, dan dia boleh diturunkan pada perlawanan berikutnya. Ini bermakna, dia boleh beraksi untuk perlawanan menentang United di Old Trafford untuk Piala Carabao selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Bagi Piala Carabao pula, United dijangka akan membarisi pemain kesebelasan kedua meraka yang diketuai Lindelof dengan Maguire atau Lindelof bersama Bailly. Pemain-pemain seperti Jesse Lingard, VDB, Martial dan lain-lain pasti mendapat peluang dalam kejohanan tersebut.

- Advertisement -