Tiada di antara mereka yang gemar berada di bahagian tengah sebagai penyerang tengah United pada ketika ini

0

Mark Hughes telah menegaskan kelab lamanya Man United supaya mendapatkan seorang penyerang tengah pada perpindahan hujung musim ini. Hughes merasakan kehadiran Cavani ke United adalah terlalu lewat kerana faktor usianya.

Cavani yang berusia 34 tahun telah menyertai United pada perpindahan awal musim ini secara percuma selepas PSG telah tidak meyambung kontrak pemain itu. Cavani telah menjaringkan 7 gol dalam 24 penampilan bersama United pada ketika ini.

Pemain antarabangsa Uruguay ini telah banyak membantu United di bahagian serangan terutama dari segi perkongsian pengalamannya kepada barisan penyerang muda United yang diketuai Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood.

Hughes yang merupakan lagenda United merasakan United sepatutnya mendapatkan khidmat Cavani pada 5 tahun sebelum ini. Barisan penyerang muda United yang sedia ada kurang  mendapatkan bola di bahagian tengah dan Hughes telah menyarankan Solskjaer supaya mendapatkan alternatif penyerang baru pada hujung musim ini.

‘United tidak mempunyai kualiti penyudah yang berbisa pada ketika ini. Rashford dan Greenwood merupakan diantara calon yang bagus tetapi seharusnya Cavani hadir 5 tahun yang lepas supaya kedua-dua pemain ini mencapai kemuncak kariernya mereka pada ketika ini.’ kata Huges dalam Sky Sports Monday Night Football.

‘Mereka mendapatkan khidmat Cavani pada waktu yang tidak sesuai, tetapi Cavani telah bermain dengan bagus sebagai penyerang tengah United. Apabila dia bermain bersama pasukan United, saya dapat lihat United mempunyai titik fokus untuk melakukan serangan. Meraka berani membuat hantara bola di kaki Cavani dan bermain disekitar pemain tersebut.’

‘Ini ada realiti yang sebenar pada ketika ini. Kita boleh lihat Martial lebih selesa bermain di bahagian sayap berbanding sebagai penyerang tengah United. Rashford dan Martial merupakan pemain sayap kiri dan selesa membuat percubaan dengan kaki kanan mereka. Manakala Greenwood pula selesa bermain sebagai sayap kanan. Tiada di antara mereka yang gemar berada di bahagian tengah sebagai penyerang tengah United pada ketika ini.’

‘Mereka memerlukan seorang pemain berkualiti yang bermain sebagai penyerang tengah utama mereka supaya kita lebih fokus melakukan serangan. Ada beberapa pemain yang kita perlukan pada perpindahan akan datang. Harry Kane dan Erling Haaland adalah calon yang sesuai. Tetapi persoalannya adakah United mempunyai kuasa untuk menarik minat mereka datang ke United.’

- Advertisement -