Berita Terkini

Teruskan reaksi dan emosi seperti ini untuk perlawanan menentang Liverpool

Teruskan Reaksi Dan Emosi Seperti Ini Untuk Perlawanan Menentang Liverpool Ahad Ini

Manchester United harus meneruskan rentak cemerlang aksi separuh masa ke-2 ketika menentang Atlanta daripada memikirkan aksi longlai 45 minit di separuh masa pertama ketika persediaan menentang Liverpool pada hujung minggu ini.

United ketinggalan 2 gol hasil jaringan Mario Pasalic dan Merih Demiral disebabkan kealpaan barisan pertahanan United. Namun United berjaya bangkit dengan gol jaringan Rashford, Maguire dan CR7 untuk memastikan 3 mata penting di tempat sendiri.

Rio Ferdinand berpendapat para pemain harus bersedia menghadapi perlawanan yang dijangka panas pada hujung minggu ini. ‘Anda harus melupakan apa yang berlaku pada separuh masa pertama, Ada sesuatu yang berlaku di bilik persalinan pada waktu rehat yang membolehkan para pemain bangkit mendapatkan kemenangan. Ini perlu diteruskan ketika pertemuan menentang anak-anak buah Jurgen Klopp pada Ahad ini.’

‘Emosi dan reaksi yang anda pamerkan ketika kemenangan ini harus diteruskan untuk perlawanan seterusnya. Semangat yang mereka pamerkan ini berpunca dari bilik persalinan mereka sendiri. Teruskan perkara seperti ini. Solskjaer telah mendapat pelbagai persoalan mengenai segelintir pemain yang tidak mahu berkerjasama dengannya dalam satu pasukan. Namun ia telah terbukti tidak betul setelah apa yang berlaku pada perlawanan tersebut.’

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

85' Manchester United 4 - 2 Sheffield United

GOLLLLLLLLL!!! RASMUS HØJLUND tenang menolak bola melepasi Foderingham untuk bola masuk ke dalam pintu gol Sheffield setelah menerima hantaran baik Bruno Fernandes dari sebelah kanan!
... See MoreSee Less

15 minutes ago

2 CommentsComment on Facebook

Akhirnya

Yeeeeeeeihaaaaaaaak !!!!!

81' Manchester United 3 - 2 Sheffield United

GOLLLLLLLLL!!! BRUNO FERNANDES melakukan rembatan menarik dari luar kotak penalti dan bola masuk ke sebelah kanan pintu gol melepasi Foderingham!
... See MoreSee Less

20 minutes ago

23 CommentsComment on Facebook

Relaks gais. Ini perkara biasa. hujung hujung opponent mesti dapat penalti.

Padu gol bruno dari jarak jauh

Mmg tiap2 game nak kasi senaman jantung ke🤣

Load More