Terus beri kepercayaan kepada Solskjaer, United akan membuktikan yang mereka sebenarnya pasukan yang sangat bagus

0

Pengurus pasukan Villarreal, Unai Emery telah mendesak pengurusan dan peminat United untuk bersabar dengan situasi United pada ketika ini selepas mencatatkan 3 kekalahan dalam 4 perlawanan. Mereka harus terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Solskjaer.

Emery akan berjumpa dengan Solskjaer dalam pertembungan perlawanan Piala Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi esok. Dia mengakui, pasukan-pasukan di dalam Liga Perdana Inggeris amat kejam memberikan layanan kepada pengurus mereka selepas peristiwa yang berlaku kepada dirinya ketika menjadi pengurus pasukan Arsenal pada 2019 dan di pecat selepas 18 bulan berkerja di sana.

Solskjaer kini berada di dalam tekanan untuk mencatatkan kemenangan selepas tewas dalam perlawanan pertama dalam peringkat kumpulan ketika menentang Young Boys. Pelbagai khabar angin mengatakan dia akan di pecat jika terus mencatatkan keputusan yang tidak bagus dalam perlawanan akan datang. Bekas pemain United seperti Rio Ferdinand, Paul Scholes dan Teddy Sheringham bersetuju di mana Solskjaer perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 1 trofi pada musim ini jika tidak mahu dipecat.

Emery berkata dalam sidang media, ‘Saya telah berkerja di Arsenal pada sebelum ini. Solskjaer merupakan bekas pemain United dan kini merupakan pengurus pasukan United. Dia berhak mendapat sokongan dan rasa hormat daripada semua pihak.’

‘Dia membawa pasukan United bermain dalam kejohanan ini dan juga berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Europa pada musim lepas. Pada musim ini dia sedang menghadapi cabaran dalam membentuk pasukan yang baru. Dia telah berhadapan dengan keputusan yang tidak bagus untuk pasukan United. Namun, jika pihak pengurusan melakukan keputusan yang tidak bijak pada ketika ini, pasti akan mengubah visi dan misi yang telah dia tentukan pada musim ini sebagai seorang pengurus pasukan.’

‘Saya akui Manchester United merupakan pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Kita boleh lihat mengenai sejarah pasukan mereka. Pasukan yang mereka miliki pada ketika ini adalah berstatus bintang dengan adannya, CR7, Jadon Sancho dan Raphael Varane. Mereka telah menjadi pasukan yang bertambah baik. Namun saya tidak takut dengan cabaran yang akan diberikan oleh pasukan United. Kami hormat dengan kualiti yang mereka ada. Namun jika anda hilang rasa hormat tersebut, anda berkemungkinan akan kehilangan peluang untuk mencatatkan kemenangan.’

‘Mereka mempunyai kualiti individu yang amat bagus seperti Edinson Cavani, Martial dan CR7. Mereka bertiga ini boleh bermain di mana-mana pasukan. Walaupun United tewas kepada Young Boys, esok akan menjadi medan bagi mereka untuk membuktikan yang mereka sebenarnya pasukan yang sangat bagus. Kami perlu bersedia berhadapan cabaran ini.’

- Advertisement -