Terlalu cepat untuk kita kritik persembahan van de Beek

0

Bryan Robson tidak berpuas hati dengan kritikan yang diberikan kepada Donny van de Beek. Robson merasakan peminat terlalu cepat menentukan masa depan dia bersama United. Donny merupakan salah seorang pemain baru yang United dapatkan pada awal musim ini dengan nilai sekitar 40 juta euro.

Donny masih lagi tidak berjaya mempameran aksi sebenarnya ketika ini. Ada kemungkinan dia masih lagi belum berjaya membiasakan dirnya dengan cara permainan bola sepak inggeris. Ramai peminat dan pengkritik diluar sana telah melabelkan pembelian Donny ini merupakan pembelian yang sia-sia.

Namun begitu, Robson tidak bersetuju dengan pendapat itu. ‘Kita harus ingat bahawa pemain-pemain yang baru sertai kelab-kelab di liga inggeris ini mengambil masa untuk membiasakan diri mereka dengan bola sepak inggeris.’ kata Robson.

Robson meberitahu salah satu sebab dia gagal bermain dengan baik adalah disebabkan dia terpaksa bersaing dengan pemain bintang United ketika ini Bruno Fernandes dan Paul Pogba. Merka berdua ini merupakan tonggak utama bahagian tengah United.

‘Pada pendapat saya, Donny pasti akan berasa kecewa kerana dia bukan pemain utama dalam pasukan United. Tetapi dia harus ingat, yang dia kini bermain dengan pemain tengah yang luar biasa Bruno Fernandes dan juga Paul Pogba. Dia harus membuktikan dirinya terlebih dahulu jika ingin mendapatkan tempat yang kini diisi oleh Bruno Fernandes.’

‘Dalam masa yang sama, persembahan Paul Pogba juga kini semakin bagus. Pogba kembali mendapat rentak permainannya selepas dikatakan kembali cergas 100 peratus. Ini sekali gus memberikan peluang Donny untuk bermain sebagai kesebelasan utama United semakin tipis.’

Robson berpendapat, Donny mempunyai masa depan yang baik di United. Robson berharap Donny berusaha dengan lebih bersungguh serta memanfaatkan setiap kesempatan jika diberi peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian. ‘Saya simpati melihat persembahan Donny pada ketika ini. Dia berusaha bersungguh-sungguh tetapi serba tidak menjadi. Saya berharap dia bersabar dengan keadaan ini. Apa yang perlu dia lakukan ialah, bermain dengan bagus apabila dia mendapat peluang untuk bermain. Tunjukkan kepada Solskjaer yang anda layak bermain dalam kesebelasan utama United.’

- Advertisement -