Berita Terkini

Terima Kasih Lingard

Terima-Kasih-Lingard

Jesse Lingard telah bersetuju untuk menyertai Nottingham Forest secara perpindahan percuma, seleps beliau berkongsi video di media sosial yang mengesahkan perpindahannya ke pasukan yang baru sahaja dipromosikan ke Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain antarabangsa England berusia 29 tahun itu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini selepas kontraknya secara rasminya tamat.

Beliau telah ditawarkan kontrak baharu semasa kendalian interim Ralf Rangnick namun beliau menolak. Lingard telah dikaitkan dengan kembali ke West Ham, selepas melalui tempoh pinjaman cemerlang pada separuh kedua musim 2020/21, serta MLS. Bagaimanapun, beliau memilih untuk menyertai Forest kerana ingin menambah masa bermainnya.

Forest mengesahkan ketibaan pemain tengah menyerang itu di laman web rasmi mereka, dengan berkata: “Nottingham Forest gembira mengesahkan pembelian Jesse Lingard.”

Lingard mengumumkan langkahnya dengan video yang dikongsi di media sosial, menulis dalam kapsyen: “Bersedia untuk lembaran baharu saya. Ayuh!”. Forest mengumumkan kontrak setahun Lingard bersama kelab itu.

Lingard boleh memperoleh sehingga £200,000 seminggu di Forest bergantung pada bonus, menurut banyak laporan media, tetapi gaji pokoknya diberitakan jauh lebih rendah.

Bakat Lingard datang melalui akademi United dan menikmati tempoh pinjaman di Leicester dan Birmingham sebelum beliau membuat penampilan sulung senior untuk Red Devils pada Ogos 2014. Lingard sehingga kariernya tamat bersama United telah membuat lebih 230 penampilan untuk kelab secara keseluruhan, termasuk 22 perlawanan sepanjang musim 2021/22.

Lain-Lain Artikel