Terima kasih kerana bawa pulang CR7 ujar Usain Bolt

0

Lagenda atlit pelari pecut olimpik, Usain Bolt telah meluahkan rasa terima kasih kepada bekas pengurus lagenda United, Sir Alex Ferguson selepas menyaksikan bersama perlawanan United menentang Villarreal di Old Trafford. Bolt merupakan salah seorang peminat tegar United hadir memberikan sokongan kepada pasukan United yang berjaya mengutip 3 mata berharga dalam perlawanan tersebut.

Bolt juga telah memberitahu sebelum perlawanan yang United akan menang 3-1 dengan 2 gol daripada CR7 dan 1 gol menerusi Jadon Sancho. Namun tekaan Bolt tidak tepat.

Jaringan minit terakhir CR7 membolehkan United kembali bernafas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas dalam perlawanan pertama kepada Young Boys. Bolt berkata, ‘Dia (CR7) telah membantu menaikkan semula nama kelab ini. Ia adalah sesuatu yang amat indah. Sejak dia kembali, kita dapat lihat semangat dan sokongan padu daripada peminat di Old Trafford. Saya sangat gembira dia telah kembali. Saya nampak Sir Alex Ferguson di sudut satu tempat, saya terus dapat bertemu dengannya dan berterima kasih kerana membawa pulang lagenda CR7 kita.’

Bolt sempat juga bertemu dengan rakan senegara CR7 iaitu Bruno Fernandes selepas perlawanan. Bruno gembira dengan pertemuan tersebut dan mengakui Bolt merupakan seorang lagenda dan peminat setia United.

- Advertisement -