Terima kasih CR7 kerana mengembalikan aura ketakutan dan rasa hormat pasukan yang bertemu dengan United

0

CR7 telah menyampaikan mesej terima kasih kepada peminat-peminat United. CR7 telah membuat penampilan pertamanya buat kali kedua pada minggu lepas dan ia merupakan sesuatu yang luar biasa. Pemain antarabangsa Portugal itu telah menjaringkan 2 gol untuk membantu United menewaskan Newcastle 4-1.

Kini, peminat akan tertumpu kepada persediaan United untuk menghadapai cabaran Piala Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung pada tengah malam ini. CR7 telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada peminat disebabkan sambutan yang cukup meriah yang beliau terima semasa kepulangannya beraksi di Old Trafford untuk pasukan United. Ia cukup luar biasa.

‘FIkiran kami kini tertumpu kepada perlawanan tengah malam inin untuk kejohanan Piala Liga Juara-Juara Eropah tetapi saya masih belum boleh melupakan sambutan yang meriah peminat berikan kepada penampilan saya di Old Trafford. Ia merupakan sesuatu yang cukup luar biasa dan memberikan semangat kepada kami semua untuk bermain dengan baik. Kami akan teruskan perjuangan ini dengan bertenaga untuk memastikan sausana sebegitu akan dapat diteruskan.’

Screenshot_20210913-212602_Instagram-1024x175

Mesej yang disampaikan CR7 menerima repson daripada Patrice Evra. Evra berterima kasih kepada CR7. ‘Terima kasih CR7 kerana mengembalikan aura ketakutan dan rasa hormat pasukan yang bertemu dengan United.’

CR7 dijangka akan mengetuai pasukan United dalam pertemuan pertama Piala Liga Juara-Juara Eropah menentang Young Boys. Ini berikutan kecederaan yang di alami Edinson Cavani yang tidak menyertai pasukan United dalam perjalanan ke Switzerland kerana masih berhadapan dengan kecederaan.

- Advertisement -