Pengurus Manchester United, Erik ten Hag telah mendedahkan bahawa kelab itu mahu menandatangani penyerang baharu pada jendela perpindahan Januari yang akan dibuka
Seperti sedia maklum Red Devils kini kekurangan pilihan penyerang tengah selepas mereka sama sama menamatkan kontrak Cristiano Ronaldo berikutan temu bual hangat dengan Piers Morgan di TalkTV
Walaupun pemain seperti Anthony Martial dan Marcus Rashford boleh bermain di bahagian tengah, Ten Hag mengesahkan bahawa United berminat untuk mengukuhkan di sepertiga akhir apabila dia dipersoalkan mengenai kemungkinan menandatangani penyerang pada Januari.
Seperti yang dipetik oleh Manchester Evening News, Ten Hag berkata:
“Ya, tetapi hanya apabila kami menemui pemai yang sesuai. Kami melakukan segala-galanya dalam kuasa kami.”
“Kami sedang melakukan penyelidikan mengenai setiap peluang dan kami melakukan segala yang kami mampu jika peluang itu ada untuk beri kontrak kepada mereka.”
United dikaitkan dengan kemungkinan perpindahan untuk penyerang PSV Eindoven Cody Gakpo pada musim panas, dan walaupun tiada perpindahan menjadi kenyataan, mereka masih dipercayai berminat dengan pemain Belanda itu.
Mereka juga mempertimbangkan penyerang Benfica, Goncalo Ramos, yang menjadi tajuk utama apabila dia menjaringkan hatrik semasa Portugal menang 6-1 ke atas Switzerland pada Piala Dunia
Sumber : Sportmole