Tawaran pertukaran pemain dan duit untuk dapatkan Pau Torres

0

Menurut ESPN, Manchester United kemungkinan akan membuat tawaran pertukaran pemain serta tambahan duit untuk membawa masuk Pau Torres.

Di sebabkan isu pendamik Covid19 pada musim lepas, perkara ini tidak mengejutkan. United tidak akan membelanjakan sejumlah wang diluar tahap kemampuan mereka pada waktu ini.

Jika Jadon Sancho berjaya melengkapkan perpindahan ke United dengan perpindahan nilai jutaan, United pasti akan memikirkan cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas perpindahaan Torres.

Di sini ada kemungkinan 3 pemain yang dijangka akan ditawarkan kepada kelab Villarreal dalam proses United membawa masuk pemain pertahanan mereka.

Eric Bailly

Pemain berada di senarai pertama adalah Eric Bailly. Dia mungkin akan kembali bermain bersama kelab lamanya. United telah membawa masuk Bailly dari Villarreal dengan jumlah perpindahan 30 juta pound pada 2016.

Sejak kebelakangan ini, Billy gagal memberikan impak yang bagus terutama ketika ketiadaan Maguire disebabkan kecederaan.

Bailly sering kali mengalami kecederaan dan bergelut untuk mengembalikan kecergasannya. Dia kini berusia 27 tahun.

Bailly pasti tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan permainan LaLiga kerana dia pernah bermain dengan pasukan Villarreal pada sebelum ini.

Andreas Pereira

Pemain tengah United Andreas Pereira telah dipinjamkan ke Seria A pada musim lepas. Namun tempoh pinjaman ke sana nampak tidak berbaloi bagi perkembangan pemain muda ini. Dia anda menyatakan hasrat untuk bermain di Sepanyol pada sebelum ini.

Pereira pada 2 musim lepas pernah dipinjamkan ke Granada dan Valencia. Dia berjaya memberikan impak yang positif sepanjang tempoh pinjamannya di sana.

Pereira kini berusia 25 tahun dan mungkin dia tidak begitu bagus ketika bermain bersama United terutamanya selepas kehadiran Pogba dan Bruno Fernandes.

Dengan perpindahan ke Villarreal sebagai syarat pembelian Torres pasti akan memberi semangat baru kepada kariernya pada musim hadapan.

Diogo Dalot

Pemain pertahan United Diogo Dalot telah berjaya dalam tempoh pinjamannya bersama AC Milan pada musim lepas. Dia akan kembali bersama United pada musim baru ini dan pemilihannya sebagai pemain dalam pasukan Portugal pasti akan memberi tanda positif bagi kariernya di United.

Tetapi adakah masa depannya benar-benar akan berjaya di United?

Ramai peminat berharap dia berjaya di United. DIa mempunyai permainan serangan yang baik semasa di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Namun kehadiran Aaron Wan-Bissaka sedikit mengganggu keriarnye bersama United. Dengan perkhabaran Kieran Trippier pasti akan menyukarkan lagi tempatnya dalam kesebelasan utama.

Perpindahan ke Villareal pasti akan memberikan sesuatu yang positif kepada Juara Piala Europa itu untuk persediaan pada musim hadapan.

- Advertisement -