Tawaran kontrak baru kepada Cavani?

0

Mark Hughes, pemain lagenda United meminta pihak pengurusan United untuk menawarkan kontrak baru kepada Edinson Cavani. Kehadiran Cavani dilihat memperi impak positif kepada barisan penyerang muda United walaupun ketika ini mereka dilihat ketandusan gol dalam beberapa perlawanan.

United telah membawa masuk Cavani secara percuma pada awal musim 2020/2021. Cavani mempunyai karier yang hebat sepanjang dia bersama kelab lamanya PSG dan Napoli. Edinson Cavani akan berusia 34 tahun pada 14 februari nanti. Walaupun usianya sudah semakin meningkat, Hughes menilai Cavani masih mempunyai sentuhan sebagai penyerang yang berkualiti dan dia masih lagi mampu bermain dalam liga profesional.

‘Kehadiran Cavani sangat memberi perubahan kepada barisan serangan United pada pendapat saya. Sebelum dia datang ke United, Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood sering bertukar-tukar posisi oleh Solskjaer. Solskjaer masih tercarik-carik pemain penyerang tengah utama bagi pasukan United. Tetapi pemain-pemain muda itu dilihat seperti tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan pada posisi berkenaan.’ kata Mark Hughes dalam sidang media.

Bekas penyerang PSG dan Napoli itu adalah penyerang tengah yang dicari-cari oleh Solskjaer ketika ini. Cavani bukanlah seorang pemain sayap, dia mempunyai penyudah yang berkualiti di samping mempunyai deria untuk menjaringkan gol apabila berada di dalam kotak penalti. Diharapkan pengalaman yang ada pada Cavani dapat dipelajari oleh penyerang muda United.

- Advertisement -