Man United menurunkan kesebelasan utama yang sepatutnya pada perlawanan menentang Newcastle. Dengan ketiadaan beberapa pemain akibat isu kecederaan atau pergantungan perlawanan.
Dua pemain tengah tidak tersedia pada perlawanan ini iaitu Scott McTominay dan Christian Eriksen. Kedua mempunyai isu iaitu kesihatan dan pergantungan..
Tengah United di kemudi oleh dua pemain Brazil yang sentiasa bermain baik untuk negara mereka iaitu Fred dan Casemiro. Samba laa katakan sebab duo Brazil.
Tapi ianya tidak berjalan lancar apa yang dimahukan. Walaupun mereka boleh membuat kerja bertahan dan mengawal bola dengan lebih lama, tapi sudah pasti kehilangan seorang pemain iaitu Eriksen amat dirasakan.
Ianya seperti makan nasik tanpa lauk. Adakah anda berselera untuk menelannya dan menguyah nya ?
Ya, United mampu menyerang, tapi tidak mampu menyerang seperti biasa dengan bola-bola yang hadir didepan bak makan nasik dengan lauk sedap terhidang.
Seperti sedia maklum Eriksen tidak diturunkan kerana masalah kesihatan dan begitu juga Rashford yang tidak dapat bermain lebih awal. Tapi mampu bermain dalam beberapa minit masa kedua
Gandingan Fred dan Casemiro tidaklah teruk kerana mereka berdua sering bergandingan untuk Brazil. Tapi sudah pasti ianya berbeza dengan barisan depan bukan. Fred dengan peranan nya tidak cukup untuk membantu serangan United
Jadi untuk dua perlawanan besar selepas ini United memerlukan Eriksen bagi mencorakkan tengah untuk mencipta serangan dan kreativiti nya Amat di tagih