‘Tahniah bro, ini baru permulaan, misi seterusnya adalah di United’

0

Cristiano Ronaldo telah menempah nama di dalam pentas bola sepak dunia sepanjang zaman pada minggu ini. Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol ke 110 dan 111 untuk Portugal sekaligus menempatkan beliau merupakan penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa.

Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo yang juga bekas pemain United, Patrice Evra berkata,’Tahniah Cristiano Ronaldo , ini hanya permulaan, misi utama kita adalah di United nanti.’ Lain macam kata-kata Evra. Ini merupakan kata-kata cabaran yang telah diberikan oleh Evra kepada Cristiano Ronaldo. Cristiano Ronaldo pasti akan menghadapi cabaran yang sukar pada musim ini untuk mengembalikan kejayaan pasukan United untuk memenagi trofi.

EvraPele

Untuk minggu kedua ini juga, Cristiano Ronaldo telah menerima ucapan tahniah kali kedua daripada lagenda bola sepak dunia Brazil, Pele. Pele berkata,’Cristiano Ronaldo tahniah kerana memecahkan rekod penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa. Anda merupakan idola kepada kami semua terutama kebolehan anda menjaringkan gol pada usia sebegini. Ia merupakan cabaran terbesar.

FIFA Ballon d'Or Gala 2013

Pele telah menjaringkan 77 gol untuk pasukan Brazil. Pele juga telah membantu Brazil memenangi kejuaraan Piala Dunia sebanyak 2 kali. Trofi Piala Dunia merupakan satu-satu piala yang masih tidak dapat dikecapi oleh Cristiano Ronaldo pada ketika ini. Kemungkinan tahun depan adalah tahunnya. Cristiano Ronaldo akan berusaha keras pada musim ini untuk memastikan dia berjaya mengekalkan prestasi semasanya ini. Ole Gunnar Solskjaer juga akan memainkan peranan utama dalam karier Cristiano Ronaldo pada musim ini.

- Advertisement -