Tahith Chong semakin hampir dipinjamkan ke Birmingham

0

Menurut akhbar The Telegraph, Tahith Chong semakin hampir mencapai persetujuan untuk dipinjamkan ke Birmingham City.

Ini bakal menjadi pinjaman kelab yang ke-3 bagi Chong selepas dia dipinjamkan ke Werder Bremen dan Club Brugge pada musim lepas.

Chong pada musim 20/21 telah bermain dengan juara Liga Belgium namun, dia kerap menjadi pilihan sebagai pemain di bangku simpanan.

Dengan pinjaman ke Liga Championship (Liga Inggeris Div 2) diharapkan mampu memberikan impak yang positif kepada perkembangan kariernya.

Namun pada ketika ini, dia dilihat telah hadir dalam sesi latihan bersama pasukan United pada awal minggu ini.

Chong kini berusia 21 tahun jarang bermain dalam kancah bola sepak inggeris dan pinjaman ke Birmingham diharapkan dapat memberikan keputusan seperti yang Jesse Lingard telah lakukan pada sebelum ini.

Pemain sayap Belanda ini dikatakan masih bergelut untuk mempamerkan aksinya yang terbaik kerana dia dilihat sebagai seorang pemain yang berpotensi ketika bermain di akademik United.

Dia dilihat sedikit gementar dan berada dalam prestasi tidak menentu. Disebabkan keadaan tersebut, dengan kehadiran Amad dan Sancho, pasti ruang untuk die mendapat tempat dalam kesebelasan utama pemain senior United semakin tipis.

Kejayaan pinjaman ke Birmingham pasti akan membuka lembaran baru kepada kariernya pada musim hadapan. Dia telah mempamerkan aksi memukau ketika bermain bersama United bawah 23 tahun dengan 14 gol untuk 31 penampilan.

Musim depan pasti menjadi penentu kerana kontraknya bakal tamat pada Jun 2022.

Dengan peluang bermain di Liga Championship (Liga Inggeris Div 2) pasti akan memberikan cabaran yang baru buat dirinya. Dia perlu membuat persedian rapi dari segi fizikal dan mental.

Pengurus Birmingham, Lee Bowyer pernah bekerjasama dengan pemain muda United, Dylan Levitt ketika yang bermain untuk Charlton pada musim lepas.

- Advertisement -