Tahith Chong sekali lagi pamer aksi mantap, dia berterima kasih kepada penyokong tuan rumah

0

Tahith Chong telah memulakan kempen yang cemerlang secara pinjaman bersama Birmingham City. Dia telah membuktikan yang dia merupakan prospek masa depan bagi pasukan United pada masa akan datang. Chong yang berusia 21 tahun telah memainkan peranan penting kepada pasukan Birmingham City selepas mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Luton Town pada Sabtu lepas.

Pemain sayap ini telah mencipta ‘assist’ menerusi hantaran lintang yang ditanduk masuk Scott Hogan. Persembahan Chong sangat menakjubkan sehingga dia telah menerima tepukan daripada penyokong pasukan tuan rumah selepas dia di keluarkan. Penyokong Luton Town yang hadir berkemungkinan lega selepas CHong dikeluarkan pada minit ke-70 perlawanan.

Rangkuman aksi Chong ketika menentang Luton City.

Chong telah menyampaikan mesej kepada penyokong pasukan tuan rumah kerana memberikan tanda hormat kepada permainan yang telah dia pamerkan. ‘Kemenangan 5-0 yang sangat berharga di tempat lawan. Persembahan yang begitu bagus. Sorakan peminat yang begitu bersemangat. Terima kasih kepada penyokong pasukan Luton di atas tanda hormat ketika saya dikeluarkan.’

Mesej Chong di Instagram

Chong merupakan seorang pemain di bahagian serangan yang mempunyai masa depan yang cerah bersama United. Dia telah pamerkan aksinya ketika bersama pasukan bawah 23 trahun United. Dia mempunyai karier yang sangat baik.

Dia kini telah menjadi hero kepada peminat-peminat pasukan Briminghan City. Sehinggakan ada yang telah memperkatakan yang dia merupakan pemain terbaik dalam dunia pada ketika ini selepas persembahan yang cukup cemerlang pada awal musim ini. Chong bermain di posisi serangan di belakang 3 penyerang tetapi dia masih lagi turun membantu barisan pertahanan ketika pasukannya bertahan.

Larian solo Chong bantu gol ke-2 Scott Hogan

Pemain muda ini pasti akan mengharungi musim yang panjang bersama Birmingham City kerana mereka akan mengharungi 43 perlawanan dalam liga ‘Championship’. Ia merupakan 1 peluang kepada Chong untuk memastikan perkembangannya di Birmingham sebagai pemain pinjaman berbaloi dan membuatkan hasil. Jika dia berjaya meneruskan prestasi semasa ini, pasti dia akan bersedia untuk bermain dalam kancah Liga Perdana Inggeris dalam masa terdekat nanti.

- Advertisement -